Siri Info I T oleh webmaster pekanrabu dot com

Perniagaan dan Undang Undang

Apabila sesaorang hendak memulakan perniagaan, dia perlu memilih salah satu daripada entiti berikut :

Pemilik Tunggal

Jenis perniagaan ini selalunya dimiliki oleh orang persaorangan dimana segala urusan perniagaan bergantung kepadanya. Tanggung jawab pemilik tunggal adalah tidak terhad.

Sekiranya perniagaan gagal atau diisytiharkan bankrup, sipiutang boleh menyaman dirinya bagi menuntut segala hutang yang ditanggung olehnya. Mereka yang mendapat arahan mahkamah boleh menuntut diatas harta persendirian, termasuk rumah, kereta dan sebagainya.

Walau bagaimana pun entiti perniagaan ini senang dan mudah kerana kurangnya formaliti yang perlu dipatuhi.

Perkongsian

Perkongsian merupakan perniagaan yang dijalankan bersama beberapa orang pemilik dengan pandangan untuk membuat keuntungan. Perkongsian mestilah tidak kurang dari dua orang dan had maksima tidak boleh melebihi 20 orang. Perkongsian adalah tertakluk kepada Akta Perkongsian 1961.

Syarikat Berhad

Syarikat berhad adalah perniagaan yang ditubuh dibawah Akta Syarikat 1965 dan terbahagi kepada 3 bentuk.

  • Sendirian
  • Sendirian Berhad
  • Berhad

Syarikat Sendirian Berhad dan Berhad adalah terhad dengan saham.

  Sendirian Sdn Bhd Berhad
Ahli 2 hingga 50 2 hingga 50 2 dan tiada had
Tanggungan tidak terhad terhad terhad
Pemindahan Saham tidak dibenarkan tidak dibenarkan dibenarkan

Perbandingan Diantara Syarikat Berhad dan Perniagaan

  Perniagaan Syarikat
Tanggungan Tidak Terhad Terhad
Jumlah Ahli Terhad kepada 20 Tidak terhad
Tanggungjawab Kesemua pekongsi bertanggungjawab diatas setiap tindakan pekongsi Ahli tidak bertanggungjawab diatas tindakan Pengarah
Kesinambungan Perniagaan akan tertutup dengan sendirinya jika pemilik atau salah seorang pekongsi meninggal dunia Syarikat akan berterusan walaupun ahlinya meninggal dunia
Akaun Tidak perlu diaudit Mesti beraudit
Penyerahan Akaun kepada Pendaftar Tidak perlu Perlu difail setiap tahun
Mesyuarat Agong Tidak perlu Perlu diadakan

Pendaftaran Syarikat

Setiap perniagaan persendirian atau perkongsian hendaklah didaftarkan dengan Pendaftar Perniagaan di Pejabat Pendaftar Syarikat di setiap negeri dalam Malaysia.

Proses Pendaftaran

Sebelum sesuatu perniagaan dapat didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan, proses Carian Nama hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan Carian Nama Perniagaan dan memfailkan borang tersebut di Pejabat Pendaftaran Perniagaan. Tiga nama berkaitan jenis perniagaan perlu diisi didalam borang Carian Nama. Penggunaan nama syarikat juga mempunyai prosedurnya yang boleh didapati diPejabat Pendaftaran Perniagaan. Proses ini mengambil masa antara beberapa minit sehingga tiga hari mengikut banyaknya permohonan carian di pejabat tersebut. Sekiranya nama yang di pohon masih belum digunakan, pejabat tersebut akan mengeluarkan surat kelulusan bagi menggunakan nama seperti yang dipohon.

Borang A hendaklah diisi dan diserah ke Pejabat Pendaftran Perniagaan bersama yuran seperti berikut :

  • Syarikat Persendirian (Persaorangan) RM25.00

  • Syarikat Perkongsian RM50.00

Sijil Pendaftaran (Borang 2) akan dikeluarkan oleh Pendaftar Perniagaan setelah proses pendaftaran selesai. Tanpa sijil ini perniagaan tidak sah dijalankan. Sijil ini sah untuk tempoh satu tahun dan perlu diperbaharui setiap tahun.

Sekiranya berlaku sebarang perubahan didalam butir-butir perniagaan seperti perubahan pemilik, alamat, peratus perkongsian dan sebagainya hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar Perniagaan dengan cara mengisi Borang B dalam tempoh 14 hari dari tarikh perubahan.

Penutupan Syarikat

Penutupan syarikat boleh dibuat dengan mengisi Borang C.


Akta Perkongsian

Takrif Perkongsian

Perkongsian adalah perhubungan yang wujud di antara orang yang menjalankan urusan bersama dengan tujuan mendapat keuntungan.

Pembentukan Perkongsian

  • Perkongsian mestilah menurut udang-undang

  • Pihak yang berkongsi mestilah layak berkontrak

Perkongsian boleh dibuat secara bertulis dan lisan. Sekiranya dibuat secara lisan Akta Perkongsian akan dijadikan perlembagaan.

Jangkamasa Perkongsian

Pekongsi boleh menamatkan perkongsian pada bila-bila masa. Sekiranya tempoh ditentukan, apabila tempoh ini sampai maka perkongsian itu pun tamat.

Jenis-jenis Pekongsi

  1. Pekongsi am

  2. Pekongsi aktif

  3. Pekongsi tidak aktif

  4. Pekongsi senu

Hubungan Pekongsi Dengan Orang Luar

Tiap-tiap pekongsi yang membuat satu tindakan dalam menjalankan perniagaan secara biasa dilaksanakan oleh sesuatu firma akan mengikat firma dan pekongsi-pekongsinya.

Autoriti termaklum

Pihak-pihak yang berurusan dengan seseorang pekongsi sahamnya dapat menganggap bahawa pekongsi tersebut mempunyai aktiviti untuk membuat tindakan lazimnya dibuat oleh pekongsi dalam jenias perniagaan tertentu.

Keputusan kehakiman telah menyatakan bahawa tiap-tiap pekongsi mempunyai autoriti termaklum untuk mengikat firma untuk :

- menjual barang-barang dan harta firma
- membeli bagi pihak firma barang-barang yang lazimnya digunakan dalam perniagaan firma :

  1. menerima, membuat dan mengeluarkan instrumen perundangan di dalam nama firma.

  2. meminjam wang atas kredit firma.

  3. memberi arahan kepada seorang peguamcara dalam suatu tindakan terhadap firma bagi hutang urusniaga.

- menerima pembayaran atau hutang firma dan memberi resit untuknya.
- menggaji dan memberhentikan pekerja-pekerja.

Liabiliti Pekongsi

Tiap-tiap pekongsi dalam sesuatu firma adalah bertanggungjawab bersama dengan pekongsi-pekongsi yang lain bagi segala hutang dan obligasi firma yang diperolehi semasa dia menjadi seorang pekongsi.

Kemasukan Seorang Pekongsi

Seseorang yang diakui sebagai pekongsi di dalam sesuatu firma, dia dengan serta merta mengandaikan tanggungan sebagai seorang pekongsi. Tetapi dia tidak bertanggungjawab di atas apa-apa yang berlaku sebelum dia menjadi pekongsi.

Persaraan Pekong-Pekongsi

Seseorang yang bersara dari firma, dia masih bertanggungjawab bagi hutang-hutang yang diperolehi sebelum persaraanya.

Perhubungan Harta Pekongsi

Perjanjian boleh memperuntukan bagi hak-hak bersama dan tugas-tugas pekongsi.

Penubuhan Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Pada 28 Mac 2001 Jemaah Menteri telah meluluskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 dan nama badan berkanun yang dipersetujui ialah Suruhanjaya Syarikat  Malaysia atau dalam Bahasa Inggeris, “Companies Commission of Malaysia”.  Rang Undang-Undang ini telah dibentang dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 19 Julai 2001 dan  oleh Dewan Negara pada 7 Ogos dalam tahun yang sama.  Ia kemudian telah diwartakan pada 27 September 2001 sebagai Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001, Akta 614. Perasmian penubuhannya adalah pada 16 April 2002 bersamaan dengan 3 Safar 1422 Hijrah. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ini menggantikan Jabatan Pendaftar Perniagaan dan Jabatan Pendaftar Syarikat.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002, merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia.

Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbirurus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk Negara.

SSM bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang berikut :

  • Akta Syarikat 1965(Akta 125);
  • Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197);
  • Akta Syarikat Amanah 1949(Akta 100);
  • Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971(Akta 28);
  • mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta-akta yang tersebut di atas seperti:
    • Peraturan-Peraturan Syarikat 1966; dan
    • Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.

Laman Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Kenali I T, Suka I T, Cinta I T, Guna I T, Maju I T

[ Audit Dalaman | My-Linux | Osless | About Me ]

Cadangan dan teguran dipersilakan kealamat azubir@streamyx.com


Copyright © 1997. All rights reserved.
Revised: April 06, 2008.