Siri Info I T oleh webmaster pekanrabu dot com

Komputer tanpa Operating System ( OS )

Apakah mungkin terjadi demikian, sepertimana peti TV, kita akan mendapat gambar sebaik sahaja suis ditekan. Tiada lagi DOS, Windows, UNIX, LINUX, dll.? Atau hanya gimmik syarikat besar ORACLE dan SUN yang cuba menyaingi MICROSOFT didalam peperangan niaga dalam merebut pasaran ?

Mengapa tidak ? Saya berpendapat ia tidak mustahil boleh dilaksanakan. Dengan menambah fungsi BIOS dan membesarkan daya ingatan (ROM)nya bagi melaksanakan fungsi asas 'microkernel' sebagai pengantara diantara hardware komputer dengan pengguna. Ini akan membuka jalan kepada Programmer untuk menulis aplikasi atau program yang berkeupayaan berinteraksi dengan sistem tersebut.

Saya rasa kita sebagai rakyat Malaysia patut menyambut berita tersebut sebagai cabaran untuk menjalankan R&D bagi membolehkan Komputer tanpa OS boleh dilaksanakan. Selama ini kita hanya menerima sahaja teknologi dari barat, mengapa tidak kita juga membuat sesuatu yang baru yang boleh digunakan oleh umat manusia sejagat.

'Malaysia Boleh'

Jumpa lagi.

 

Kenali I T, Guna I T, Suka I T, Cinta I T,  Maju I T

[ My-Linux | Audit Dalaman | Syarikat | About Me ]

Cadangan dan teguran dipersilakan kealamat zubir@pc.jaring.my


Copyright © 2000. All rights reserved.
revised : 10 February 2003