| |
Manqul, Musnad,
Muttashil dan Ro'yi
Sesuai dengan judul di atas dalam makalah ini akan dipaparkan pokok-pokok perbahasan yang meliputi:-
1) Pengertian Manqul, Musnad, Muttashil dan Ro'yi
2) Wajibnya Manqul dan Haramnya Ro'yi
3) Utamanya/tinggi Ilmu Manqul, Musnad, Muttashil
Perbahasan
1. Pengertian Manqul, Musnad, Muttashil dan Ro'yi
1.1 Manqul
Manqul itu bahasa arab berasal dari kata Naqola. Manqul secara
harfiyah ertinya yang dipindahkan. Adapun erti menurut agama Islam
adalah belajar mengaji Quran dan Hadis dengan cara berguru atau ilmu
Quran dan Hadis yang dimiliki oleh seseorang itu diperolehi melalui
proses pemindahan ilmu dari guru ke murid. Adapun sistem manqul ada
beberapa macam cara antara lain:-
a) Guru yang membacakan ilmu, murid mendengarkan.
b) Guru sedang mengajar ilmu kepada muridnya kemudian ada orang
lain mendengarkannya.
c) Dengan sistem munawalah iaitu guru memberi hak/persetujuan
kepada muridnya yang dipandang sudah menguasai ilmu manqul untuk
mengerjakan dan mengajarkan ilmu tersebut atau guru berkirim surat
yang berisi Al Quran dan atau Hadis kepada muridnya tentang suatu
masalah lalu murid membaca dan melaksanakannya.
1.2 Musnad
Musnad ertinya ilmu yang diberikan itu mempunyai sanad/isnad yang
sahih. Sanad/isnad (berasal dari kata asnada) ertinya sandaran,
tempat bersandar. Maksudnya mengajarkan (membaca, memberi makna dan
menerangkan) Al Quran dan Hadis dengan sandaran guru yang mengajarkan
kepadanya, gurunya dari gurunya lagi dan seterusnya.
1.3 Muttashil
Muttashil ertinya bahawa masing-masing sanad/isnad itu bersambung
sampai kepada Rasulullah SAW. Jadi manqul-musnad-muttashil ertinya
mengaji Al Quran dan Hadis secara langsung seorang atau beberapa
orang murid yang menerima dari seorang atau beberapa gurunya tersebut
asalnya menerima langsung dari gurunya dan gurunya menerima dari
gurunya lagi, sambung bersambung begitu seterusnya tanpa terputus
sampai kepada penghimpun Hadis seperti Bukhari, Muslim, Nasai,
Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dll yang telah menulis isnad-isnad
mereka mulai dari beliau-beliau (penghimpun Hadis) sampai kepada
Rasulullah SAW. Rasulullah bersambung sehingga Jibril dan Jibril
daripada Allah.
1.4 Ro'yi
Ro'yi berasal dari kata ro'aa ertinya pandangan, pengelihatan,
pendapat, maksudnya adalah belajar atau mengkaji Al Quran dan Hadis
sendiri tanpa guru, tidak memiliki isnad muttashil atau berguru dari
guru yang tidak berisnad atau membaca buku-buku/ kitab-kitab sendiri
kerana merasa boleh menafsir bahasa arab sendiri, difaham-fahami
sendiri, diangan-angankan sendiri.
2 Wajibnya Manqul dan Haramnya Ro'yi
Menurut aslinya mengkaji atau mempelajari ilmu Al quran dan Hadis itu
harus dengan cara manqul musnad, muttashil dan muhlis kerana Allah.
Kerana penyampaian ilmu Al Quran dan Hadis dengan cara manqul,
musnad, muttashil adalah cara yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW,
para sahabat, para tabi'in dan ulama-ulama sholihin.
Dari beberapa ayat Al Quran dan Hadis yang telah kita kaji bersama
secara manqul kita telah mendapatkan keterangan-keterangan yang jelas
bahawa Allah menurunkan wahyu kepada Rasulullah SAW dengan sistem
manqul iaitu dimanqulkan oleh Malaikat jibril secara teori dan
praktikal. Misalnya ketika Rasulullah SAW menerima kemanqulan bacaan
Al Quran diperingatkan untuk tidak tergesa-gesa menggerakkan lisan-lisannya mendahului Malaikat Jibril tetapi supaya memperhatikan
dahulu setelah Malaikat Jibril selesai membacakan Al Quran,
Rasulullah SAW baru disuruh mengikuti bacaan tersebut.
Firman Allah yang bermaksud:
"Kamu jangan menggerakkan lisanmu (untuk mendahului Malaikat Jibril
dalam membaca Al Quran) kerana tergesa-gesa dengannya. Sesungguhnya
atas kami pengumpulan Al Quran dan bacaannya. Maka ketika selesai
kami bacakan Al Quran itu maka ikutilah bacaannya kemudian sungguh
ada pada kami keterangan Al Quran itu. (Al Qiyaamah 16-19)
Inilah bukti Rasulullah SAW menerima wahyu secara manqul. Contoh lagi
ialah pada waktu Allah menurunkan wahyu pertama kali iaitu surah AlAlaq, Malaikat Jibril membacakan lafaz iqro, maka Rasulullah SAW juga
menirukan lafaz iqro. Contoh lagi ialah pada waktu Allah menurunkan
wahyu tentang waktunya solat. Malaikat Jibril menunjukkan waktunya
solat dengan cara mengajak solat bersama setiap waktu solat selama 2
hari berturut-turut iaitu hari pertama dikerjakan waktu awalnya solat
dan hari kedua dikerjakan pada waktu akhirnya solat. Setelah itu
Rasulullah SAW dan ummatnya disuruh mengerjakan solat pada waktu yang
telah ditentukan antara awal dan akhirnya waktu solat.
Para sahabat dan para tabi'in juga menggunakan ilmu manqul. Sufyan
bin Uyainah pernah bercerita : Zuhri (perawi hadis) pada suatu hari
meriwayatkan sebuah hadis, maka aku berkata " Ceritakan padaku tidak
usah pakai isnad". Imam Zuhri menjawab: "Apakah engkau boleh naik
loteng tanpa naik tangga?".
Imam Tsaury berkata: "Isnad itu senjata orang mukmin"
Imam Ahmad bin Hambal berkata: "Mencari isnad yang luhur itu sunnah
orang dahulu kerana sesungguhnya teman-teman Abdullah itu berangkat
dari Kufah menuju Madinah, mereka belajar dari Umar dan mendengarkan
beliau". Jadi orang dahulupun mencari ilmu pada orang yang berguru.
Ibnu Mubarak (perawi hadis) berkata di dalam mukadimmah Hadis Riwayat
Muslim
" Dari Ahli Marwa berkata, saya mendengar Abdan bin Usman berkata,
saya mendengar dari Abdullah bin Mubarak ia berkata "Isnad itu
termasuk agama dan seandainya tidak ada isnad maka orang akan berkata
(masalah agama) sesuka hatinya"
Imam Hakim dan lain-lainnya meriwayatkan dari Mathor al Waroq
mengenai firman Allah
"… datanglah kepadaku dengan kitab sebelum ini atau atsar/labet/isnad
dari ilmu jika kamu sekelian orang-orang yang benar" (Surah Al-Ahqaaf :4)
Dia berkata: "Atsarotin adalah isnadul Hadis"
Muhammad bin As Syafie yang menyusun kitab Hadis Musnad Syafie beliau
mempelajari kitab Hadis Muwatta' yang disusun oleh Imam Malik. Beliau
hafal di dalam kepala seluruh isi kitab Muwatta' tersebut dan faham
isinya. Mengingatkan wajibnya manqul maka Imam Abu Idris As Syafie
memerlukan datang ke Madinah semata-mata untuk menemui Imam Malik dan
mengesahkan ilmunya dengan cara manqul langsung, Imam As Syafie
membaca kitab Muwatta' secara hafalan dan Imam Malik diam
mendengarkannya.
Di dalam Hadis Bukhari diriwayatkan : Jabir bin Abdillah merantau
sejauh perjalanan satu bulan menemui Abdullah bin Unais hanya untuk
mendapatkan satu Hadis Sahaja. Ini menunjukkan wajibnya manqul.
Mengkaji Al Quran dan Hadis dengan cara manqul, musnad, muttashil
bukan sekadar method/cara tetapi hukumnya "WAJIB"
"Kamu mendengarkan dan akan didengarkan dan orang yang telah
mendengar dari kamu akan didengar pula." (Riwayat Abu Daud)
"Dari sahabat Jundab ia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Barang siapa yang mengucapkan (menerangkan) kitab Allah yang Maha
Mulia dan Maha Agung dengan pendapatnya (secara tidak manqul),
walaupun benar maka sungguh ia telah salah" (Riwayat Abu Daud)
Sedangkan mengkaji Al Quran dan Hadis tanpa manqul atau Ro'yi
dilarang dalam agama Islam dan diancam dimasukkan ke dalam neraka.
Bererti hukumnya "HARAM" berdasarkan dalil
"Dari Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda "Barang
siapa membaca Al Quran tanpa ilmu (tidak manqul) maka hendaklah
menempati tempat duduknya di Neraka" (Riwayat At Tirmizi)
3. Tingginya (Keutamaan) Ilmu Manqul
Ilmu manqul yang kita miliki, yang kita praktikkan dalam menetapi Al
Quran Hadis secara jamaah ini yang kita junjung tinggi ini
berdasarkan dalil-dalil haq dalam Al Quran dan Hadis dan secara
kenyataannya Allah memberikan nilai yang tinggi di antaranya:-
3.1 Ilmu Manqul Mengesahkan Amalan
Dengan ilmu manqul amal ibadah seseorang menjadi sah, diterima oleh
Allah, diberi pahala oleh Allah, dimasukkan syurga. Tetapi tanpa
manqul atau ro'yi ibadah seseorang tidak sah, tidak diterima oleh
Allah, tidak mendapat pahala bahkan dimasukkan ke dalam Neraka
berdasarkan dalil:
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu mengatakan/mengerjakan pada apa-apa yang tidak
ada ilmu bagimu (ilmu manqul). Sesungguhnya pendengaran, pengelihatan
dan hati semuanya itu akan ditanya/diurus oleh Allah (Surah Al
Isra':36)
"Dari sahabat Jundab ia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Barang siapa yang mengucapkan(menerangkan) kitab Allah yang Maha
Mulia dan Maha Agung dengan pendapatnya(secara tidak manqul),
walaupun benar maka sungguh ia telah salah" (Riwayat Abu Daud)
Orang yang mangaji Al Quran dan Hadis dengan ro'yi(tidak manqul) sama
halnya dengan orang yang menggunakan mata wang asli tetapi dengan
cara yang tidak sah. Umpamanya wang itu hasil curian atau seperti
masuk rumah orang lain tanpa izin pemiliknya atau masuk rumah tidak
melalui pintu atau merosakkan pintu.
3.2 Ilmu Manqul Menjaga Kemurnian Agama
Kemurnian agama Islam dapat dijaga dengan cara manqul-musnad-muttashil kerana kita mengatakan, mengamalkan Al Quran dan Hadis ada
sandarannya/sanadnya/silsilahnya yang sambung-bersambung sampai
Rasulullah SAW tanpa berani menambah, mengurangi atau mencampur
dengan pendapat sendiri, angan-angan sendiri, menafsirkan sendiri,
otak-atik sendiri. Sehingga ilmu Al Quran dan Hadis tetap terjaga
kemurniannya. Jika kita berani menambah, mengurangi atau mencampuri
Al Quran dan Hadis di luar kemanqulannya diancam dimasukkan ke dalam
Neraka.
Berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Takutlah kamu pada Hadis dariku kecuali apa-apa yang kamu ketahui.
Barang siapa yang dusta atasku dengan sengaja (hadis bukan dari Nabi
dikatakan dari Nabi atau dari Nabi dikatakan bukan dari Nabi) maka
hendaklah menempati tempat duduknya di Neraka dan barang siapa yang
mengatakan tentang Al Quran dengan pendapatnya sendiri maka hendaklah
menempati tempat duduknya di Neraka" (Riwayat at Tirmizi)
Terjaganya kemurnian agama Islam dengan cara manqul-musnad-muttashil
jauh dari bid'ah, syirik, khurafat, tahyul dan lainnya dapat
digambarkan sebagaimana air gunung yang jernih, bersih, sejuk dan
terasa segar bagi sesiapa sahaja yang minum di tempat sumbernya (mata
airnya). Jika ada orang yang ingin merasakan (minum) air itu jauh
dari sumbernya/tempat mata iarnya maka harus melihat kepada saluran
apa air datang ke situ.
Kalau saluran itu berupa sungai yang terbuka tidak terjaga maka
automatik rasanya akan berubah bahkan boleh menjadi racun kerana
banyak orang yang membuang kotoran, toksid, sisa rumah tangga, sisa
industri, sampah ke sungai itu, sehingga sungai itu tercemar. Tetapi
jika saluran air itu melalui paip yang baik dan kuat serta terjaga
rapi meskipun jauh dari sumbernya. Bahkan walaupun di dalam tandas-tandas sekalipun, air yang keluar daripada paip akan tetap sama
dengan di tempat-tempat lain sama ada di dalam kota atau di kampung-kampung, maka rasa air yang keluar dari paip akan sama segarnya dan
sama bersihnya dengan air ditempat sumbernya.
Ilmu digambarkan air, sumber mata air menggambarkan asalnya ilmu
iaitu dari Allah dan Rasulullah SAW. Sedangkan paip yang baik dan
kuat digambarkan sebagai isnadnya. Inilah gambarannya!
3.3 Ilmu Manqul Mudah Difahami Dalam Waktu Yang singkat
Dengan sistem manqul ilmu Al Quran dan Hadis akan mudah untuk
difahami dalam waktu yang relatif singkat, tidak berpusing-pusing/berbelit-belit sehingga kita segera dapat mengamalkannya
dengan benar dan sah. Sebagaimana keterangan-keterangan yang kita
terima dari para mubalik dalam jemaah, bahawa guru/syaikh pada waktu
mengaji secara manqul di Mekah Al Mukarramah hanya memerlukan waktu
10 tahun sahaja. Alhamdulillah atas kurniaan Allah dalam waktu 10
tahun itu beliau dapat menerima kemanqulan Al Quran 30 juz bacaan,
makna dan keterangan dengan Qiro'atussab'a (21 macam bacaan) dan
dapat menamatkan kitab-kitab hadis yang kesemuanya berjumlah 49 Kitab
Hadis, semua itu dengan cara manqul dan beliau benar-benar faham
terhadap Al Quran dan Hadis yang diterima secara manqul.
Setelah pulang dari Mekah, beliau terus amar makruf kepada sanak
saudara, handai taulan, sahabat-sahabatnya, kenalannya dan siapa
sahaja untuk diajak menetapi agama Islam yang haq berdasarkan Al
Quran dan Hadis secara berjamaah. Mereka ada yang mahu dan ada yang
menolak juga ada yang merintangi/menentang tetapi beliau tidak jatuh
mental/takut, tetap bersemangat dalam amar makruf dengan bermacam-macam cara, di antaranya beliau selalu mengadakan pengajian
khataman/asrama Al Quran dan Hadis secara manqul-musnad-muttashil dan
tempat pengajiannya berpindah-pindah. Dalam waktu kurang lebih satu
bulan setiap khataman/asrama boleh mengkhatamkan Al Quran 30juz
bacaan, makna dan keterangan secara jelas, dan mudah
difahami sehingga para peserta khataman pulang dari pengajian merasa
puas, senang, gembira dan mantap.
Sampai sekarang kita terus menerus melaksanakan pengajian-pengajian
Al Quran dan Hadis dengan sistem manqul-musnad-muttashil sehingga
dalam waktu yang relatif singkat dapat memahami Al Quran dan Hadis
dengan mudah. Seperti pengajian khataman/asrama di pondok-pondok,
daerah-daerah pada bulan Ramadhan atau waktu lainya dalam waktu
kurang dari satu bulan Al Quran 30juz bacaan, makna, keterangan dapat
dikhatamkan atau 12 Kitab himpunan Hadis Nabi dapat dikhatamkan dalam
waktu kurang lebih satu bulan. Contoh lagi ialah pengajian Hadis-Hadis Besar seperti Sahih Bukhari, Sunan Nasa'I, Sunan Abu Daud,
Sunan Tirmizi dan lainnya dalam waktu kurang lebih 15 hari satu juz
dapat dikhatamkan.
Dengan cara manqul pengkajian dan pemahaman terhadap isi Al Quran dan
Hadis jadi mudah, jelas, cepat dan tepat kerana ada yang menuntun dan
membimbing secara langsung. Sebagai contoh mudah, jelas dan tepatnya
dalam menerima Al Quran dan Hadis secara manqul digambarkan seperti
orang yang disuruh mengambil jarum. Orang yang menyuruh
menjelaskan: "Ambilkan jarum, jarumnya berada di dalam almari pakaian
yang ada di kamar tidur paling utara, kunci almari ada di atasnya,
bukalah almari pakaian itu dan carilah jarum itu pada rak yang paling
bawah di situ ada bungkusan kain warna hijau, jadi di situlah
letaknya jarum". Orang yang menerima perintah itu dengan sendirinya
akan dengan mudah, cepat dan tepat untuk mengambil jarum yang
dimaksudkan.
Sedangkan bagi orang yang tidak manqul digambarkan seperti orang yang
disuruh mengambil jarum dalam almari tersebut belum sampai
dijelaskan/dimanquli dia langsung terus mencari sendiri padahal dalam
rumah itu kamarnya banyak almari, pakainnya banyak dan dikunci, maka
orang tersebut tidak boleh menemukan jarum yang dimaksudkan,
seandainya boleh menemukan, itu hanya suatu kebetulan atau setelah
bersusah payah membongkar/menyelongkar seluruh isi rumah.
3.4 Ilmu Manqul Mempunyai Kehebatan, Wibawa, Guna, Jaya, Mulia
Allah memberikan "Kehebatan, Wibawa, Guna, Jaya dan Mulia" kepada
ilmu manqul. Hanya ilmu Al Quran dan Hadis yang diajar secara manqul-musnad-muttashil yang dapat menumbuhkan keimanan, ketakwaan,
kejayaan, kemenangan dan kemuliaan (berupa Syurga).
Kita kembali mengimbau sejarah perjuangan lampau, Guru/Syaikh kita,
dalam amar makruf menyampaikan agama Islam yang haq ini dengan
berbagai macam cara di antaranya beliau pernah mendatangi atau
mengumpulkan beberapa ulama diajak kepada kebenaran kerana yang
mereka amalkan selama ini tidak cocok/sesuai dengan ajaran Al Quran
dan Hadis yang sebenarnya, kerana mereka tidak mahu, mereka dimaki-maki bahkan diajak berdebat/adu ilmu, jika mereka dapat mengalahkan
dengan dasar Al Quran dan Hadis beliau sanggup di perbuat apa sahaja.
Perdebatan yang pernah beliau hadiri salah satunya terjadi pada tahun
1952 bertempat di rumah Ketua Kampung. Perdebatan itu dihadiri oleh
lebih kurang 35 orang guru pondok dan umat Islam lebih kurang 1,000
orang dari sekitar kampung. Masalah yang diperdebatkan di antaranya
masalah beduk, kentongan, kenduri /doa selamat orang mati, usholi dsb
ditinjau dari hukum Islam sebenarnya(ilmu manqul) bahkan mereka
disuruh bertanya apa sahaja tentang Islam, semua pertanyaan mereka
dijawab berdasarkan Al Quran dan Hadis. Dan mereka tidak dapat
menyalahkan jawapan beliau. Hal itu menunjukkan sebahagian contoh
bahawa Allah memberikan "kehebatan, wibawa" dan "jaya"(kemenangan)
pada ilmu manqul.
Dengan ilmu secara manqul-musnad-muttashil Allah memberikan "guna"
(manfaat). Dengan cara manqul-musnad-muttashil seseorang akan
mempunyai keimanan yang kuat, kukuh, tidak mudah terpengaruh dan
imannya seperti akar pohon yang kuat dan rimbun daunnya, serta
berbuah tanpa mengenal musim. Iman dan takwanya selalu nampak di mana
sahaja dan dalam keadaan apa sahaja, seperti telah digambarkan oleh
Allah dalam Surah Ibrahim: 24-25
"Apakah kamu belum tahu (Muhammad) bagaimana Allah membuat gambaran
kalimat yang baik(kalimat yang menunjukkan haq, kalimat tauhid, Al
Quran), kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat,
daunnya rimbun dan berbuah setiap musim dengan izin Tuhannya.
Demikian Allah membuat gambaran untuk manusia supaya mereka ingat"
Sebaliknya orang yang mengkaji Al Quran dan Hadis dengan tidak
manqul, musnad, muttashil, tidak dapat memberi "Guna"(manfaat).
Meskipun ilmunya banyak, peribadinya tidak dapat mengamalkan, Allah
menggambarkan dalam Surah Ibrahim:26
"Dan gambaran kalimat yang jelek/buruk (kalimat yang batil, kalimat
yang sesat) sebagaimana pohon yang tidak kuat, mudah tumbang dari
atas bumi"
Kesimpulan
- Kita wajib bersyukur kepada Allah yang telah memberi
hidayah kepada kita semua, sehingga kita redha menerima Agama Islam
secara murni, sistem pengambilan ilmu secara murni (manqul-musnad-muttashil) dan pengamalannya juga murni (tidak dicampuri dengan
bid'ah, syirik, khurafat, tahyul, jin-jinan dan lainnya).
- Menurut aslinya mengkaji Al Quran dan Hadis itu harus
dengan manqul-musnad-muttashil iaitu cara yang telah dipraktikkan
oleh Rasulullah SAW, para tabi'in dan ulama-ulama sholihin.
- Mengkaji Al Quran dan Hadis dengan cara manqul-musnad-muttashil hukumnya "WAJIB", sedangkan dengan cara tanpa manqul/ro'yi
dilarang dalam agama, hukumnya "HARAM".
- Allah memberikan ilmu manqul-musnad-muttashil adalah ilmu
yang tinggi nilainya antaranya:
Mengesahkan pengamalan
Menjaga kemurnian keaslian Agama Islam
Mudah difahami dalam waktu yang relatif singkat
Memberikan "HEBAT, WIBAWA, GUNA(manfaat),
JAYA"(kemenangan/kejayaan) "MULIA"(dunia akhirat)
- Mengagungkan terhadap ilmu secara manqul adalah menganggap
ilmu secara manqul merupakan ilmu yang paling tinggi (ilmu sejagad).
Maka kita harus menganggap ilmu manqul adalah ilmu yang utama, tidak
boleh dianggap remeh. Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:
"Barang siapa yang membaca dan memahamai Al Quran (secara Manqul)
kemudian ia berpendapat bahawa ada seseorang yang diberi lebih utama
daripada yang telah diberikan kepadanya. bererti dia mengagungkan apa-apa yang Allah meremehkan dan meremehkan apa-apa yang Allah
mengagungkan" (Riwayat Al Tabrani dari Tafsir Ibnu Katsir)
- Mengingat utamanya ilmu secara manqul-musnad-muttashil
maka ilmu tersebut harus kita jaga, pertahankan kemurniannya serta
kita sebar-luaskan secara terus-menerus, sambung-bersambung, turun-temurun illa yaumil qiyamah.

Kad Kredit |
Kisah Wahyu Terakhir | Solat | Hudud |
Saat Kematian | Sekular |
Menu
Cadangan dan teguran dipersilakan kealamat
zubir@pc.jaring.my
|