Selamat Datang
FELDA Lubuk Merbau, Kedah Darul Aman

FELDA Lubuk Merbau dibangun majukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sejak tahun enam puluhan lagi. Lokasinya didalam daerah Padang Terap, bersempadan dengan daerah Sik dan Pendang. Di sempadan dengan daerah Sik mengalir Sungai Muda yang mana di hulu sungai ini telah dibina Empangan Muda dan sebahagian hilirnya menjadi sempadan dengan Seberang Perai, Pulau Pinang iaitu dikawasan Jambatan Merdeka. Sungai Muda mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancungan, ia mengalir melalui berbagai kawasan yang unik, kampung tradisional, kawasan penempatan semula seperti FELDA dan FELCRA, kawasan hutan simpan, kawasan pekan dan bandar serta kawasan industri hingga ke laut. Sebuah lagi empangan sedang dalam perancangan di kawasan ini iaitu Empangan Beris yang terletak didalam daerah Sik.

Papan Tanda Kawasan Perkampungan FELDA Lubuk Merbau
  Harap maaf,
halaman ini sedang dikemaskini
jika anda sudi, sila hantarkan sumbangan, komen
atau cadangan anda kepada :
zubir@pc.jaring.my
untuk dimuatkan dalam halaman ini.
Terima kasih...

Saya telah mendapat feedback dari ramai warga FELDA Lubuk Merbau (FLM) serta yang merantau kerana bertugas di rantau orang dan yang pernah tinggal di FLM atau yang berkahwin dengan warga FLM meminta diperluaskan skop laman ini agar dapat di manfaatkan oleh lebih ramai warga FLM. Sehubungan itu pihak kami akan mengusahakan sesuatu dimasa terdekat ini.

Luahan anak FELDA Lubuk Merbau

Setiap tahun ketika pulang menyambut lebaran suatu perkara yang menjadi semacam kemestian ialah bekalan air terputus pada hari raya. Apakah pihak yang berkenaan tidak mengambil berat atau tidak tahu mengapa ia berlaku tidaklah diketahui, apa yang pasti paip air mula mogok dipagi raya terutama di kawasan rumah yang terletak diaras tinggi sedikit.

Pada Hari Raya Aidil Adha yang lalu perkara tersebut tidak begitu ketara, mungkin telah diambil tindakan oleh pihak yang berkenaan. Diharapkan perkara tersebut tidak lagi berulang di hari raya aidil fitri tahun ini.

Seperkara lagi ialah terdapat ramai warga FELDA teringin sangat nak jual tanah, berbagai pihak dikatakan berminat hendak membeli dengan harga yang mahal, nak jadi jutawanlah katakan, tetapi semua itu tidak akan menjadi kenyataan. Yang nyatanya kita sebagai warga FELDA yang telah mendapat tanah tersebut patut berusaha lebih gigih menjadikan tanah yang ada lebih produktif, bukan menjualnya.

Bacalah apa yang berlaku kepada saudara kita di FELDA Cahaya Baru Masai Johor.

Pada tahun ini ramai warga LM akan menunaikan Fardu Haji ke Mekah, diucapkan selamat pergi dan kembali semoga mendapat Haji yang Mabrur. Insya Allah.

[ Aboutme | My Links | Pekan Rabu ]