
Persatuan Orang
Pekak Kedah Darul Aman
(Kedah Deaf Assosiation -
KDA) No. Pend. 1182/93(Kedah)
Pengenalan
Ditubuhkan pada 25hb. Oktober 1993, bersifat sebagai sebuah organisasi ditadbir secara 'self-help', dan mempunyai majoriti terdiri dari orang-orang pekak.KDA berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Negeri Kedah dan No. Pendaftarannya ialah 1182/93 (Kedah).
Apa itu Pekak ?
Pekak ialah tidak dapat mendengar, ianya adalah kecacatan fizikal yang tidak nampak secara zahir, umumnya orang pekak kelihatan sempurna dan tiada masalah berbanding orang biasa.
Bagaimana Orang Pekak Berkomunikasi ?
Orang pekak menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, ianya sama seperti orang biasa menggunakan bahasa percakapan (spoken language) untuk berkomunikasi.
Berkomunikasi dengan dunia luar ?
Orang pekak selalu menggunakan khidmat jurubahasa isyarat. Peranan jurubahasa isyarat sangat penting didalam mencapai matlamat pengintegrasian masyarakat awam.
Pentingnya khidmat Jurubahasa Isyarat
Terdapat lebih 1030 orang pekak diseluruh Negeri Kedah yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat berbanding 1 orang jurubahasa isyarat yang layak. Jumlah tersebut tentulah tidak dapat menampung keperluan sebenarnya.
| Matlamat KDA | Wawasan KDA |
|
Pada tahun 1991, para pemimpin orang
pekak seluruh negara telah menggariskan 4 matlamat
wawasan orang pekak 2000 untuk menjadikan masyarkat orang
pekak lebih progresif dan dinamik.
|
Kejayaan Projek-Projek KDA yang lalu
Bagaimana Anda boleh membantu KDA
KDA ada menerima geran tahunan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah sebanyak 5% dari perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan aktiviti KDA. Oleh itu KDA memerlukan sokongan dan sumbangan anda.
Bagaimana caranya anda boleh membantu kami ?
Alamat KDA
| Persatuan Orang Pekak Kedah Darul Aman 732
Tingkat Satu, Bangunan Peruda Seberang Perak Fasa II, Tel : 04-7304263, e-mail : dplamo@tm.net.my |
![]()
Copyright © 1998. All rights reserved.
19-Nov-2005