|
Agama
Yahudi
Ustaz Ahmad Faisal b. Ab. Hamid
Fellow MANHAL PMRAM
Kaherah, Mesir.
Firman
Allah Taala yang bermaksud :
"Sesungguhnya
kami telah mengambil perjanjian dari bani Israil,dan telah kami utus kepada
mereka para rasul.Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan
membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka)sebahagian
dari para rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh".
(al-Maidah : 70)
Firman
Allah Taala yang bermaksud :
"Maka
kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan
tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya "Ini dari Allah" , (dengan maksud
) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka
kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan
mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka akibat dari apa yang
mereka kerjakan". (al-Baqarah : 79)
Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Berbicaralah mengenai Bani Israil
dengan seluas-luasnya. Sesiapa yang mendustakan ke atas ku secara sengaja
, maka dia telah menempah tempat tinggal di dalam neraka".
Bagi
mereka yang ingin mengkaji Agama Yahudi, masyarakatnya dan yang berkaitan
dengan permasalahan keagamaan Yahudi, mereka tidak akan temui jawapan
yang sempurna dan terperinci melainkan dengan melalui penghayatan terhadap
kitab perjanjian lama. Di dalam kitab tersebut mengandungi lembaran-lembaran
sejarah kelahiran dan perkembangan Bani Israil. Maka dengan ini si pengkaji
dapat memahami keperibadian seseorang yang beragama Yahudi dalam semua
aspek kehidupan keagamaan dan politik.
Golongan
sarjana pengajian perbandingan agama yang terdiri dari orang-orang Yahudi
dan selainnya telah bersepakat bahawa kitab perjanjian lama yang berada
di tangan kita sekarang bukannya sebuah kitab yang asal dan tulen seperti
yang pernah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. Sepanjang perjalanan
sirah Orang-orang Yahudi , mereka begitu berpegang dengan Taurat dan ajarannya
walaupun golongan sarjana Yahudi telah mengiktiraf kepalsuan kitab Taurat
mereka. Inilah yang menjadi kehairanan kepada diri saya sehingga memaksa
saya mengajak para pembaca berfikir sejenak untuk mencari jawapan di sebalik
permasalahan ini.
Saya
berpendapat bahawa ia tersirat di sebalik kebanggaan orang-orang Yahudi
iaitu mereka adalah "Bangsa Allah yang terpilih". Manakala bangsa yang
lain hanya diciptakan untuk berkhidmat kepada mereka. Justeru itu, tidaklah
hairan jika kita dapati hidup berasingan merupakan satu tradisi dan kebanggaan
bagi mereka. (Sesungguhnya kamu adalah bangsa yang suci bagi tuhan kamu
dan kamu dipilih oleh tuhan untuk menjadi ummat yang khusus di kalangan
semua bangsa di muka bumi) Safar pengulangan 7/16.
Jadi,
dari sini dapatlah diketahui rahsia yang menjadi pendorong kepada
bangsa Yahudi agar berpegang teguh dengan kitab Taurat atau dengan kata
lain kitab Taurat berjaya menghimpun bangsa Yahudi untuk menghayatinya
dan menjadi satu bangsa yang mempunyai keperibadian yang berbeza dari
bangsa lain.
Kajian
mengenai ilmu sejarah keagamaan memberi kesan yang amat mendalam dalam
membentuk sesebuah masyarakat. Ini kerana ilmu tersebut merupakan kunci
bagi kita memahami akan pegangan aqidah yang dianuti oleh sesebuah masyarakat.
Melalui
kertas kerja yang ringkas dan tak seberapa ini, saya akan cuba memperkatakan
mengenai sejarah kelahiran dan perkembangan Bani Israil, kitab-kitab suci
seperti Taurat, beberapa permasalahan perbandingan mazhab dan aliran yang
menjadi anutan dalam agama Yahudi dan penyelewengan serta pendirian Islam
terhadap permasalahan ini. Saya berharap dengan perbincangan ini dapatlah
memberi sedikit gambaran agama Yahudi dan penyelewengan serta tabiat semulajadi
orang-orang Yahudi.
Buat
akhirnya, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan
kertas kerja ini dan tidak lupa juga kepada isteri saya yang banyak membantu
saya.
Wassalam.
Ustaz
Ahmad Faisal b. Ab. Hamid
Fellow MANHAL PMRAM
MAKNA
KALIMAH YAHUDI, IBRANI DAN ISRAEL.
1.
YAHUDI
Kalimah
Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bagi Nabi Yaacob a.s yang bernama
Yahouza dan ia juga merupakan salah satu daripada puak-puak Bani Israel.
Gelaran ini mula terkenal selepas daripada keutuhan kerajaan Yahouza pada
tahun 586 sebelum masehi. Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka
yang menganut agama Yahudi atau agama Musa. Menurut pengarang dalam kitab
yang menjelaskan makna Yahudi ialah "Yahudi adalah agama yang dianuti
oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ini diambil dari
kata-kata Nabi Musa "Sesungguhya kami kembali kepada-Mu wahai Tuhan".
Mereka adalah umat Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama Taurat.
2.
IBRAN
Adapun
makna kalimah Ibrani ialah nama bagi kabilah yang sampai nasabnya kepada
Saam Bin Nuh. Daripadanyalah terbentuk sebuah ummah yang besar dinamakan
keturunan Saam. Terdapat lapan jenis bangsa yang lahir daripada keturunan
Saam iaitu Ashour, Babil, Finique, Aram, Kan'an, Kaldan, Ibrani dan Masri.
Terdapat
perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah mengenai asal usul nama kabilah
ini. Ada yang mengatakan ianya diambil sempena dengan nama moyang Nabi
Ibrahim iaitu Aabir. Pendapat kedua pula mengatakan ianya adalah satu
gelaran yang diberikan kepada Nabi Ibrahim kerana dia adalah orang pertama
menyeberangi Sungai Furat. Manakala pendapat yang ketiga sepertimana yang
disebut oleh Dr Ahmad Syalabi bahawa gelaran Ibrani yang diberikan kepada
Nabi Ibrahim serta pengikutnya kerana mereka hidup berpindah-randah dan
sentiasa merentasi padang pasir dan gurun untuk mencari rumput bagi ternakan
laut.
3.
ISRAEL
Israel
ialah kalimah Ibrani yang membawa maksud "kamu mengalahkan Tuhan". Ia
adalah gelaran yang diberikan oleh Tuhan-tuhan orang-orang Yahudi yang
bernama Yahwu kepada Nabi Yaacub selepas Nabi Yaacub dapat mengalahkan
Tuhan di dalam pergaduhan di antara mereka berdua. Yahwu berkata
: "selepas ini, jangan lagi kamu dipanggil dengan nama Yaacub malah panggillah
Israel kerana kamu bersungguh-sungguh dan telah mengalahkan aku".
Safar pembentukan alam 32/28.
SEJARAH
KELAHIRAN YAHUDI
Agama
Yahudi walaupun ianya salah satu daripada agama langit namun ianya amat
berbeza daripada dua saudaranya Nasrani dan Islam. Ini dapat dilihat daripada
hubungan di antara sejarah dan ajaran agama Yahudi.
1.
Agama Yahudi diperingkat awalnya lahir dibumi Palestin dan persekitarannya
yang merangkumi Iraq, Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan. Kawasan ini juga
dikenali dengan nama Antara dua Sungai, Furat dan Dajlah. Kawasan ini
berada di suatu kedudukan yang paling strategik di mana ia menghubungkan
antara tiga benua; Asia, Eropah dan Afrika.
2.
Penduduk asal kawasan ini terdiri daripada beberapa kabilah yang datang
dari Semenanjung Arab dan pulau-pulau di persisiran laut Mediterranian.
3.
Pada tahun 3000 sebelum masehi, satu kabilah yang bernama Finique telah
berhijrah dari Semenanjung Arab menuju ke Utara kawasan di antara dua
sungai dan menetap di sana. Ia terkenal dengan nama Lubnan. Pekerjaan
yang dilakukan oleh orang-orang Finique ialah nelayan, perniagaan melalui
laut dan membina kota-kota besar.
4.
Pada tahun 2500 sebelum masehi, sebuah kabilah yang bernama Kan'an juga
telah meningalkan Semenanjung Arab kerana kemarau yang panjang dan menuju
ke barat sungai Jordan serta menetap di persisiran sungai tersebut.
Kawasan yang didiami oleh orang-orang Kan'an dikenali dengan nama
Bumi Kan'an .
5.
Sebuah kabilah yang datang daripada kepulauan Creat di lautan Mediterranian
yang bergelar Palestin telah berhijrah ke bumi Kan'an dan menetap di satu
kawasan yang bernama Yafa dan Ghaza. Ini berlaku pada tahun 1200
sebelum masehi. Telah berlaku perkahwinan campur di antara kabilah Palestin
dengan orang-orang Kan'an yang berketurunan Arab dan akhirnya mereka dikenali
dengan orang Palestin dan Tempat tinggal mereka dikenali sebagai Tanah
Palestin.
6.
Adapun orang-orang Aram yang asalnya menetap di bumi Iraq telah meninggalkan
tanahair untuk mencari satu penempatan baru. Akhirnya mereka telah menetap
di tanah Syria dan menjadikan Damsyik sebagai ibu negara mereka dan bekerja
sebagai petani dan peniaga. Di dalam kitab suci Yahudi, orang-orang Aram
dikenali sebagai orang Syiria.
7.
Di utara Semenanjung Arab, terdapat sebuah negara yang bernama Madyan.
Ia adalah penghubung antara Mesir, bumi Kan'an dan Semenanjung Arab. Pada
ketika itu, Madyan adalah medan peperangan di antara Mesir dan Babylon
kerana ia merupakan gurun Sahra' yang menjadi pintu masuk kepada tanah
Palestin dan tanah sekitarnya.
8.
Sebuah Kabilah yang bernama Haxsos berketurunan Arab telah menuju ke negara
Mesir disebabkan oleh kemarau yang panjang menimpa mereka dan telah menawan
kerajaan Mesir pada ketika itu disebabkan oleh lemahnya tampuk pemerintahan
mereka . Mereka telah memerintah 2098 sebelum masehi hinggalah ke tahun
1587. Di sepanjang pemerintahan mereka, berlaku beberapa peperangan untuk
merampas kembali pemerintahan negara mereka daripada tangan orang-orang
Haxsos. Peperangan tersebut berlaku pada akhir pemerintahan kerajaan Mesir
yang berpusat di Luxor.
9.
Di akhir pemerintahan Haxsos, seorang panglima yang bernama Ahmash telah
berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir dan mengasaskan
keluarga yang ke-18 kembali memerintah Mesir.
10.
Sepanjang tempoh pemerintahan orang-orang Haxsos ke atas negara Mesir,
ketika itulah Bani Israel hidup dengan mendapat keistimewaan daripada
kerajaan Haxsos dan mereka telah ditempatkan di suatu tempat yang terletak
di sebelah timur Sungai Nil. Apabila kerajaan Mesir memerintah kembali
negaranya, Bani Israel tidak lagi mengecapi keistimewaan yang pernah dikecapi
suatu masa dahulu dan akhirnya mereka keluar dari negara Mesir dengan
diketuai oleh Nabi Musa a.s.
11.
Di antara kabilah yang datang ke kawasan ini (antara dua sungai) ialah
kabilah Ibrani (kalimah Ibrani bermaksud Nabi Ibrahim dan anak-anaknya
selain daripada Nabi Ismail a.s dan keturunannya).
12.
Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di Iraq. Bapanya bernama Azar bekerja sebagai
pembuat patung dan menjual kepada penyembah berhala. Melalui hidayat Allah
SWT Nabi Ibrahim telah dipilih untuk membawa risalah Tauhid kepada kaumnya.
Malangnya risalah yang dibawa telah mendapat tentangan yang hebat dari
kaumnya sendiri sehinggalah Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup. Akhirnya
Nabi Ibrahim terpaksa berhijrah bersama isterinya Sarah, dua anak saudaranya
Luth dan beberapa teman serta pengikutnya meniggalkan negara Iraq.
13.
Dalam perjalanan mencari tempat untuk menyambung kehidupan, mereka telah
menuju ke bumi Syria kemudian meneruskan perjalanan mereka ke bumi Kan'an
dan selepas itu ke bumi Palestin. Di sepanjang perjalanan mereka hanya
menternak dan mengembala binatang.
14.
Selepas beberapa ketika, Nabi Ibrahim a.s bersama isterinya Sarah telah
berhijrah ke Mesir yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Haxsos.
Mengikut beberapa riwayat, Maharaja Mesir tertarik dengan kecantikan Sarah
apabila dia ingin menghampiri Sarah tiba-tiba dia menggigil, maka dia
merasa bersalah dan mengembalikan semula Sarah kepada Nabi Ibrahim lalu
menghadiahkan pula seorang permaisuri Mesir yang bernama Hajar.
15.
Sarah ialah seorang isteri yang mandul maka dia mencadangkan kepada Nabi
Ibrahim supaya mengahwini Hajar. Setelah beberapa lama perkahwinan Ibrahim
dan Hajar, mereka dikurniakan seorang putera yang diberi nama Ismail.
Kelahiran Ismail telah menimbulkan rasa cemburu di hati Sarah lantas dia
meminta daripada suaminya agar memisahkan Hajar dan anaknya daripada mereka
berdua.
16.
Nabi Ibrahim a.s telah membawa puteranya yang pertama bersama isterinya
Hajar menuju ke suatu tempat yang tidak mempunyai tanaman dan air. Akhirnya
tempat tersebut dikenali sebagai Baitullah.
17.
Selepas 14 tahun kelahiran Ismail, isteri Nabi Ibrahim yang pertama
iaitu Sarah telah melahirkan seorang putera yang bernama Ishak. Ishak
mempunyai dua orang putera yang bernama Iesu dan Yaacob.
18.
Yaacob digelar sebagai Israel dan mempunyai 12 orang anak. Daripada
merekalah datangnya 12 keturunan Bani Israel. Yaacob juga mempunyai empat
orang isteri iaitu ;-
i-
Laiah; anak sulung kepada bapa saudaranya. Mempunyai enam orang
anak iaitu Raubin, Syam'un, Lawai, Yahouza, Yashaki dan Zabuloun.
ii-
Adik kepada Laiah bernama Rahil (isteri yang paling disayangi oleh
Yaacob). Mempunyai dua orang anak iaitu Yusuf dan Bunyamin.
iii-
Zalfah; hamba kepada Laiah. Mempunyai dua orang anak iaitu Jadd
dan Ashir.
iv-
Balhah; hamba kepada Rahil. Mempunyai dua orang anak iaitu Dann dan Naftaley.
BAHASA
IBRIAH
19.
Sepertimana yang diketahui Nabi Ibrahim telah meninggalkan Kota Babylon
bersama dengan keluarga dan pengikutnya disekitar tahun 1750 sebelum masehi.
Bumi yang pertama dipijak oleh Ibrahim dan pengikutnya ialah tanah Syria
tempat tinggal orang-orang Aram. Kemudian mereka berpindah lagi menuju
ke Selatan sehingga mereka menetap di Kan'an. Di sepanjang perjalanan
tersebut sudah semestinya Nabi Ibrahim a.s dan pengikutnya bertemu dan
bergaul dengan pelbagai kaum dan kabilah. Hasil daripada itu, lahirlah
di Kalgu Bani Israel suatu bahasa yang mirip kepada orang-orang Aram yang
menyerupai dengan bahasa Arab. Penggunaan bahasa ini kembali kepada tahun
1200 sebelum masehi kemudian ianya telah luput sebagai bahasa pertuturan
dan diganti oleh bahasa Aram pada tahun 200 sebelum masehi. Selepas daripada
itu bahasa Ibrani tidak lagi digunakan melainkan untuk tulisan dan upacara
keagamaan sahaja.
PENGASINGAN
BANGSA YAHUDI
20.
Jika diperhatikan pada orang-orang Ibrani (Bangsa Yahudi) selepas penghijrahan
mereka daripada tanah Iraq, didapati mereka ini mempunyai satu ciri yang
berbeza iaitu suka mengasingkan diri ke mana mereka pergi dan menetap.
Mereka tidak suka bergaul dengan kabilah lain malah mereka lebih suka
hidup sesama mereka di satu tempat yang berasingan di antara mereka dan
kabilah lain. Mereka tidak akan membenarkan sesiapa pun samada di kalangan
mereka sendiri atau orang lain untuk menembusi benteng ini. Sebab-sebab
pengasingan ini terbahagi kepada dua perkara :-
i.
Perbezaan Aqidah, orang-orang Ibrani beriman dengan ajaran Tauhid
yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Akan tetapi setengah kabilah dan kaum
lain menyembah berhala.
ii. Perbezaan Pemikiran, orang-orang Ibrani hidup berpindah randah dan
tidak bertamadun. Berbeza pula dengan kabilah lain yang hidup mene tap,
mempunyai ilmu pengetahuan dan ketamadunan.
21.Tabiat
mengasingkan diri dari orang lain telah menjadi satu kebanggaan kepada
orang-orang Ibrani walaupun mereka mempunyai ilmu pengentahuan dan meninggal
cara hidup lama mereka namun tetap mengamalkan tabiat mengasingkan diri
dari masyarakat lain. Ini dapat dilihat di mana-mana tempat yang mereka
tinggal.
22.
Sikap mengasingkan diri ini telah melahirkan natijah yang negatif terhadap
mereka dan bangsa lain. Setelah sekian lama sikap ini meresap ke dalam
darah daging orang-orang Yahudi maka timbullah perasaan tidak tenang di
dalam jiwa mereka terhadap bangsa lain. Mereka sentiasa merasa bahawa
bangsa lain akan mengkhianati dan menghapuskan mereka. Lantaran itulah
mereka berterusan merancang dan melaksanakan rancangan jahat untuk menghapuskan
bangsa-bangsa lain demi mengembalikan ketenangan jiwa mereka. Daripada
perancangan jahat mereka ialah ajaran Marxis, Darwin, Freemason dan lain-lain.
23.
Daripada sikap tersebut juga lahir dalam setiap jiwa orang-orang Yahudi,
mereka tidak akan memberi ketaatan kepada mana-mana pemerintahan melainkan
pemerintahan Yahudi sahaja. Mereka sanggup melakukan apa yang tidak terfikir
di akal kita demi ketaatannya kepada bangsa Yahudi.
BANI
ISRAEL DI MESIR
24.
Pada kurun ke-17 sebelum masehi Mesir diperintah oleh bangsa asing yang
bernama Haxsos sepanjang tempoh 2098-1857 sebelum masehi. Di sepanjang
tempoh pemerintahan Haxsos bangsa Yahudi telah masuk ke Mesir melalui
salah seorang anak Nabi Yaacob a.s iaitu Nabi Yusuf a.s. Kedatangan Bani
Israel ke Mesir telah disambut oleh pemerintah Haxsos pada ketika itu
dengan penuh penghormatan.
25.
Bani Israel bersama dengan bapa mereka Israel (Yaacob) seramai 70 orang
telah mendiami satu kawasan yang bernama Ghasan terletak di bahagian Timur
Mesir. Di sepanjang tempoh mereka berada di Mesir, mereka hanya melakukan
pekerjaan yang senang lagi menguntungjkan seperti mengembala, membuat
perhiasan emas dan perak dan berniaga.
26.
Di sepanjang pemerintahan Haxsos ke atas bumi Mesir, Bani Israel mendapat
pelbagai keistimewaan berbanding dengan masyarakat pribumi. Keadaan ini
berterusan sehinggalah panglima yang bernama Ahmash berasal dari keluarga
ke-18 kerajaan Mesir berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi
Mesir.
27.
Apabila kerajaan Mesir diperintah kembali oleh penduduk asalnya.maka Bani
Israel tidak lagi mendapat keistimewaan sebagaimana terdahulu semasa pemerintahan
Haxsos. Orang-orang Mesir mula mencurigai Bani Israel disebabkan oleh
:-
i.
keistimewaan yang mereka kecapi di zaman Haxsos telah menim bulkan rasa
dengki dan cemburu dihati orang-orang Mesir.
ii. Selepas kekalahan Haxsos, mereka terpaksa bekerja keras seperti
rakyat jelata Mesir dan tidak mendapat apa yang mereka perolehi di
zaman Haxsos
iii sikap mereka yang suka mengasingkan diri dari masyarakat Mesir
telah menimbulkan rasa curiga di kalangan pemerintah. Ini menye babkan
mereka bangkit memberontak dan menimbulkan kacau bilau terhadap kerajaan
Mesir.
28.
Orang-orang Mesir merasakan sikap masyarakat Yahudi yang suka mengasingkan
diri dan pertambahan bilangan mereka telah menjadi ancaman terhadap keselamatan
negara. Maka mereka merancang untuk menghalang perkara tersebut yang mana
pada ketika itu Mesir diperintah oleh seorang Maharaja dari keturunan
Diraja yang ke-19 bernama Ramsis II. Akhirnya kerajaaan Mesir telah mengeluarkan
perintah agar mana-mana anak lelaki yang dilahirkan di kalangan Bani Israel
supaya dibunuh bagi membolehkan perempuan-perempuan di kalangan mereka
mengahwini orang-orang Mesir. Pada ketika itulah lahirnya Nabi Musa a.s.
BANI
ISRAEL KELUAR DARI MESIR
29.
Setelah berlaku apa yang kita semua ketahui di antara Nabi Musa dan Firaun
maka Nabi Musa a.s meminta daripada Firaun untuk membawa keluar kaumnya
dari bumi Mesir menuju ke suatu tempat yang telah dijanjikan oleh Allah
kepada mereka.
30.
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah, mengenai keluarnya
Nabi Musa dan kaumnya dari bumi Mesir. Setengah riwayat mengatakan bahawa
Firaun mempersetujui akan permintaan Musa dan setengah yang lain mengatakan
bahawa Firaun memaksa Musa dan kaumnya tinggal di bumi Mesir sebagai hamba.
31.
Maka Musa dan kaumnya telah menuju ke arah timur. Apabila mereka sampai
di persisiran Teluk Suez mereka dapati di hadapan mereka ialah lautan
yang terbentang dan di belakang mereka, bala tentera Firaun mengejarnya.
Maka Nabi Musa pun berdoa kepada Allah lalu berlaku satu mukjizat yang
mengkagumkan. Bani Israel dapat menyeberangi lautan tersebut dengan selamat
dan di waktu yang sama Firaun dan bala tenteranya mati di telan laut.
32.
Apabila Musa a.s dan kaumnya telah menjejaki tebing semenanjung Sinai,
maka bermulalah kehidupan baru bagi Bani Israel. Sudah semestinya kehidupan
ini berbeza dari kehidupan yang lama. Di Mesir terdapat pelbagai kemewahan
dan kenikmatan berbeza dari semenanjung Sinai. Kehidupan mereka boleh
dikatakan lasak dan mencabar kerana di sekeliling mereka dipenuhi oleh
batu batan yang panas dan terdedah kepada bahang kepanasan matahari,
lebih-lebih lagi sumber air yang jarang di dapati kawasan tersebut .
33.
Bani Israel begitu marah dengan kehidupan baru mereka lalu berjumpa
dengan Nabi Musa a.s dan meminta daripadanya untuk mengembalikan semula
mereka ke Mesir .
34.
Nabi Musa a.s telah dipanggil oleh Allah untuk bermunajat kepadaNYA selama
30 hari. Sepanjang pemergian Nabi Musa a.s untuk bermunajat dan menerima
Kitab Taurat, Bani Israil telah dipimpin oleh saudaranya Nabi Harun a.s
.
35.
Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah, Bani
Israel mula meragui kenabian dan agama yang dibawa olehnya. Salah seorang
dari pemimpin mereka yang bernama Samiri, telah menghimpunkan emas, perak
dan barang perhiasan lalu membentuk seekor anak lembu dan membawa patung
tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s. Dia meminta daripada kaumnya supaya
menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka.
36.
Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat, dia membawa bersamanya kitab
Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil setelah dia mendapati
kaumnya mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri.`
35.
Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah ,
mulalah Bani Israil meragui akan kenabian dan agama yang olehnya . salah
seorang daripada pemimpin yang bernama Samiri telah menghimpun emas, perak,
dan barang perhiasan daripada bani Israil dan membentuk seekor anak lembu
lantas membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s lalu dia
meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada
Tuhan baru mereka .
36.
Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat dengan membawa bersamanya kitab
Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil, ia dapati kaumnya
telah menyekutukan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh
Samiri, maka dia merasa begitu marah terhadap perbuatan mereka.
37.
Nabi Musa a.s dengan perasaan penuh kecewa telah menghapuskan tulisan-tulisan
Kitab Taurat yang diturunkan oleh Allah kepadanya dan meminta kepada kaumnya
supaya bertaubat .
38.
Nabi Musa a.s dan kaumnya merentasi semenanjung Sinai menuju ke Palestin
iaitu bumi yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Bagi memenuhi
janji tersebut mereka dituntut untuk memerangi orang-orang Kan'an iaitu
penduduk Palestin tetapi mereka enggan dan takut untuk berperang kerana
mereka telah sekian lama diasuh dengan kehidupan yang senang dan
hina.
39.
Disebabkan keengganan mereka maka Allah telah menghukum mereka dengan
mengharamkan mereka daripada memasuki tanah suci Palestin yang telah dijanjikan
oleh Allah kepada mereka.
40.
Bani Israel telah disesatkan oleh Allah di sebuah padang yang
luas bernama Tieh selama 40 tahun. Sepanjang tempoh tersebut Allah telah
mematikan mereka yang ingkar terhadap suruhan Nabi-NYA dan diwaktu yang
sama telah wafatlah Nabi Harun a.s kemudian diikuti oleh Nabi Musa a.s.
41.
Setelah kewafatan Nabi Musa a.s, Bani Israel dipimpin oleh seorang muridnya
yang taat dan berjiwa pahlawan iaitu Yusha' Bin Nun. Dengan kepimpinan
Yusha' dan ketabahan Bani Israel mereka berjaya memasuki tanah Palestin.
BANI
ISRAEL DI BUMI PALESTIN
42.
Bani Israel telah mendirikan kerajaan mereka di bumi Palestin selama
500 tahun. Di sepanjang pemerintahan Bani Israel, mereka tidak pernah
merasa aman dan damai melainkan di zaman pemerintahan Nabi Daud a.s dan
awal pemerintahan Nabi Sulaiman a.s selama 50 tahun.
43.
Sejarah pemerintahan Bani Israel di bumi Palestin telah dibahagikan kepada
3 zaman : -
i.
Zaman pemerintahan Qadi (hakim)
ii. Zaman pemerintahan beraja
iii. Zaman perpecahan dan kehancuran
ZAMAN
PEMERINTAHAN HAKIM
44.
Seperti yang telah disebut di dalam "Safar Al-Qudah" bahawa Zaman Pemerintahan
Hakim selama 4 kurun namun mengikut fakta sejarah ianya hanya 1 kurun
sahaja . Dinamakan Zaman Pemerintahan Hakim kerana yang dipilih di kalangan
dua belas puak Bani Israel mempunyai kuasa tertinggi namun setiap puak
mempunyai kebebasan dan undang-undang tersendiri yang dipimpin oleh ketua
mereka yang tertua. Peranan Hakim hanyalah sekadar menyelesaikan permasalahan
yang berlaku di antara puak-puak yang bertelagah akan tetapi keputusannya
tidaklah wajib dipatuhi oleh mereka. Terpulanglah kepada kepimpinan puak
tersebut untuk menerima atau menolak keputusan yang dibuat.
45.
Hakim dipilih di kalangan pendita-pendita mereka dan tidak disyaratkan
ianya seorang lelaki malah terdapat juga di kalangan Hakim yang memerintah
beberapa orang perempuan.
ZAMAN
PEMERINTAHAN BERAJA
46.
Pada akhir zaman pemerintahan Hakim, Bani Israel bangkit memberontak di
atas kezaliman yang dilakukan oleh hakim-hakim yang banyak menerima rasuah.
Bani Israel telah pergi berjumpa dengan seorang Nabi di kalangan mereka
yang bernama Syamwildan meminta daripadanya supaya melantik seorang raja
bagi menyatukan puak-puak Bani Israel yang berpecah belah agar dapat mereka
berperang di bawah kepimpinannya di bawah musuh-musuh mereka.
47.
Maka Syamwil denagn petunjuk Allah telah melantik Thalut sebagai raja
dan panglima mereka untuk memerangi orang-orang Kan'an.
48.
Di dalam satu peperangan yang diketuai oleh Thalut di mana Nabi Daud a.s
adalah salah seorang daripada tentera telah dapat membunuh panglima tentera
Kan'an yang bernama Jalut. Semenjak dari itulah nama Nabi Daud a.s disanjung
oleh Bani Israel. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan dendam dan dengki
yang membara di dalam hati Thalut menyebabkan dia bertindak memerangi
dan menghalau Nabi Daud a.s.
49.
Nabi Daud telah lari menyelamatkan dirinya lalu bergabung dengan orang-orang
Kan'an serta mengambil peluang di atas kelemahan Bani Israel dengan menyerang
mereka. Akhirnya Nabi Daud a.s berjaya menjadi raja yang ke-2 bagi Bani
Israel sepertimana yang disebut di dalam "Safar Syamwil Yang Ke-2".
50.
Nabi Daud a.s telah memerintah selama 40 tahun. Pada 7 tahun yang pertama
dia menjadikan Habron sebagai pusat pemerintahan. Selepas daripada itu,
dia memilih Aour Shyalim sebagai ibu negara kepada kerajaannya .
51.
Zaman pemerintahan Nabi Daud a.s. adalah zaman yang terbaik di zaman kewujudan
Bani Israel di bumi Palestin. Ini disebabkan oleh 2 unsur utama : -
i.
Kelemahan Maharaja Mesir dan Babylon
ii. Nabi Daud a.s telah mengadakan perjanjian damai dengan raja
Finique yang bernama Hairon.
52.
Nabi Sulaiman telah mengambil alih tampuk pemerintahan selepas kewafatan
ayahandanya. Semasa pemerintahan Nabi Sulaiman, kerajaan Bani Israel berada
di kemuncak kegemilangannya. Ini disebabkan oleh Nabi Sulaiman telah mengadakan
ikatan kekeluargaan di antaranya dengan Shisyak iaitu raja Mesir.
53.
Selepas daripada itu kerajaan Bani Israel menjadi lemah disebabkan oleh
: -
i.
Hidup dalam kemewahan dan suka berfoya-foya.
ii. kezaliman dan kekerasan daripada kerajaan Nabi Sulaiman.
iii.Terlalu ramai bilangan isteri dan perempuan-perempuan simpanan
iv.Terdapat beberapa pemberontakan yang dipimpin oleh Yarba'am.
ZAMAN
KEHANCURAN
54.
Rahbaam putera Nabi Sulaiman telah mengambil tampuk pemerintahan selepas
kewafatan ayahandanya dan dia mendapat sokongan dari dua puak iaitu Yahouza
dan Bunyamin. Adapun sepuluh puak lagi enggan memberi sokongan kepada
Rahbaam dan melantik Yarba'am yang pernah mengetuai pemberontakan di zaman
pemerintahan Nabi Sulaiman a.s sebagai raja mereka. Pada ketika itulah
kerajaan Bani Israel telah berpecah dua kerajaan : -
i.
Kerajaan Selatan, ibu negaranya Aour Syalim yang dipimpin oleh Rahba'am.
Negara mereka bernama kerajaan Yahouza.
ii. Kerajaan Utara, ibu negaranya Nablus, pengasas dan rajanya yang
pertama ialah Yarba'am. Negara mereka dinamakan kerajaan Israel.
KEHANCURAN
KERAJAAN YAHOUZA DAN ISRAEL
55.
Pada tahun 721 sebelum masehi, raja-raja orang-orang Ashur yang bernama
Shalman Ashar telah menyerang kerajaan Israel dan berjaya menawan rajanya
Husya' Bin Ilah. Kerajaan Israel merupakan sebahagian dari tanah kerajaan
Ashur.
56.
Pada tahun 608 sebelum masehi, kerajaan Mesir bersama bala tentera yang
besar telah menyerang Palestin dan menawan kerajaan Yahouza. Dalam peperangan
tersebut mereka mendapat kemenangan dan mereka meneruskan serangan ke
utara sehinggalah kerajaan Israel yang berada di bawah taklukan kerajaan
Ashur jatuh ke tangan mereka.
57.
Kejatuhan kerajaan Israel ke tangan orang-orang Mesir telah menimbulkan
kemarahan Maharaja Bakhtanshar lalu berlakulah satu pertempuran yang hebat
di antara dua maharaja Mesir dan Babylon. Akhirnya Maharaja Bakhtanshar
dapat menawan kembali kerajaan Israel sekaligus dapat merebut takhta kerajaan
Yahouza dari tangan Maharaja Mesir. Maharaja Bakhtanshar telah membunuh
raja kerajaan Yahouza yang terakhir bernama Sidqia dan menghancurkan bandar
Aour Shyalim serta menghalau semua Bani Israel keluar dari negara mereka.
Ini berlaku pada tahun 586 sebelum masehi dan mereka dikenali sebagai
tawanan Babylon.
BANI
ISRAEL SELEPAS KEHANCURAN NEGARA MEREKA
58.
Selepas kehancuran kerajaan Israel dan Yahouza, tiada lagi mereka yang
berketurunan Bani Israel di bumi Palestin. Pada tahun 538 sebelum masehi
Kerajaan Babylon telah jatuh ke tangan orang-orang Parsi. Ketika itu Raja
Parsi telah membenarkan orang-orang Yahudi yang hidup di pelusuk negara
Babylon pulang ke tanahair mereka.
59.
Kepulangan orang-orang Yahudi ke negara mereka di zaman pemerintahan Parsi
tidak ubah seperti daripada kepulangan beberapa keluarga untuk menziarahi
sanak saudara. Mereka lebih suka hidup di dalam buangan daripada kembali
ke Palestin.
60.
Mereka yang pulang dan menetap di Palestin telah bekerjasama dengan panglima
Iskandar Al-Makdoni untuk menyerang Palestin dan menentang kerajaan Parsi.
Selepas kewafatan Iskandar, Palestin diperintah oleh kerajaan Rom. Di
sepanjang pemerintahan tersebut, Bani Israel bangkit memberontak pemerintah
mereka sehinggalah pada tahun 70 masehi kerajaan Rom telah menghukum mereka
dengan memusnahkan kediaman mereka dan menghalau mereka keluar dari Palestin.
61.
Pada zaman pemerintahan kerajaan Rom ke atas Palestin, lahirlah seruan
yang dibawa oleh Nabi Isa a.s untuk mengajak Bani Israel ke jalan yang
benar akan tetapi seruan tersebut ditolak oleh mereka.
62.
Pada tahun 135 masehi sekali lagi Bani Israel bangkit memberontak menentang
kerajaan Rom. Di dalam pemberontakan tersebut, kerajaan Rom telah membunuh
sesiapa sahaja yang mereka temui dari kalangan Bani Israel. Mereka yang
terselamat dari penghapusan etnik kerajaan Rom telah lari ke serata dunia
dan bumi Palestin telah sunyi daripada Bani Israel.
63.
Ketika Saidina Umar r.a. membuka Baitul Maqdis pada tahun 636 m, tidak
seorang pun yang berketurunan Yahudi berada di kota suci itu. Di antara
syarat penyerahan kota suci ke tangan orang islam ialah tidak dibenarkan
seorang pun orang Yahudi mendiami kota suci ini.
KITAB
SUCI ORANG YAHUDI
64.
Dikalangan orang-orang Yahudi terdapat dua kitab suci iaitu:-
a
. Perjanjian lama.
b . Talmut.
65.
Melihat kepada pendapat yang terkuat, kitab perjanjian lama adalah lebih
utama dari kitab Talmut walaupun ada dikalangan sarjana pengajian ilmu
ketuhanan mengatakan bahawa kitab Talmut lebih utama dari kitab perjanjian
lama. Namun, saya lebih cenderung kepada pendapat yang pertama dan akan
membicarakan mengenai kitab perjanjian lama sahaja dengan menyentuh pengamalan
terhadap kitab Talmut
66.
Kitab Talmut ialah tulisan tulisan riwayat-riwayat yang dinukilkan daripada
pendita-pendita Yahudi dari generasi ke generasi. Talmut bolehlah dianggap
sebagai pentafsilan kepada ajaran yang terdapat di dalam kitab perjanjian
lama.
67.
Kitab perjanjian lama merupakan kitab suci di kalangan orang-orang Yahudi
dan Kristian. Namun, terdapat perbezaan diantara mazhab Katolik dan Prosteston
dalam mengiktiraf beberapa Safar dalam kitab perjanjian lama.
68.
Mazhab Katolik mengiktiraf sebanyak 46 Safar termasuklah 5 Safar Musa
yang dinamakan dengan Taurat. Manakala Prosteston pula, hanya mengiktiraf
39 Safar sahaja termasuk Safar Musa (Taurat).
69.
Kitab suci perjanjian lama merupakan ajaran, syariat, akhlak, bacaan,
doa dan sejarah perjalanan Bani Israel. Ia terbahagi kepada Safar-safar
yang boleh diertikan sebagai surah-surah di dalam Al-Quran. Selain itu,
ia juga terbahagi kepada Al-Ashah. Beberapa Ashah pada setiap Safar adalah
sama pengertian dengan hizib di dalam surah-surah Al-Quran.
70.
Kitab perjanjian lama terbahagi kepada 4 bahagian utama :-
a
. Kitab Musa atau Safar 5 ( Pantateuch ).
b . Safar-safar sejarah.
c . Safar-safar doa dan syair.
d . Safar kenabian.
Saya
akan membicarakan secara ringkas mengenai Safar Musa atau Taurat manakala
bakinya akan disebut pengenalannya sahaja. Ini kerana Safar Musa atau
Taurat merupakan kesimpulan ajaran yang dibawa dalam agama Yahudi.
SAFAR
MUSA
71.
Safar Musa dikenali sebagai Safar 5 atau Taurat. Ia adalah sebahagian
dari kitab perjanjian lama dan mengandungi 5 Safar iaitu:-
a
. Safar ciptaan alam.
b . Safar penghijrahan.
c . Safar pengulangan.
d . Safar Kaum Lawai.
e . Safar Bilangan.
72.
"Safar ciptaan alam" diberi nama sempena sejarah penciptaan alam, Adam
dan Hawa yang diturunkan ke bumi bersama anak-anaknya setelah memakan
pohon yang dilarang. Ia juga menceritakan tentang Nabi Nuh a.s. dengan
peristiwa taufan, Nabi Ibrahim serta keturunannya Ishak dan Yaakub, Nabi
Yaakub dan anak-anaknya, Nabi Yusuf dan kehidupannya di Mesir dan berakhir
dengan kisah kematian Nabi Yusuf a.s.
73.
"Safar penghijrahan" pula mengisahkan tentang keadaan Bani Israel selepas
kewafatan Nabi Yusuf dan kezaliman raja Mesir terhadap mereka. Ia juga
mengandungi cerita mengenai kelahiran Nabi Musa a.s., mukjizat yang Allah
berikan kepadanya, kisahnya yang membawa Bani Israel keluar dari Mesir
dan berjaya menyeberangi lautan sehinggalah mereka sampai ke timur
Jordan. Safar ini juga menceritakan tentang 10 wasiat yang diwahyukan
oleh Allah kepada Nabi Musa sebagai ajaran dan larangan kepada Bani Israel.
74.
"Safar kaum Lawi" dinisbahkan kepada puak Levi yang mana ia adalah salah
satu dari 12 puak Bani Israel. Hasil dari keturunannya, lahir Nabi Musa
dan Nabi Harun a.s. Safar ini merupakan safar yang menceritakan tentang
syariat dan perundangan yang perlu dipatuhi oleh orang-orang Yahudi dalam
kehidupan seharian mereka.
75.
"Safar bilangan" pula bersempena dengan peristiwa Nabi Musa yang membilang
pemuda-pemuda yang berumur dalam lingkungan 20 tahun ke atas selepas mereka
terselamat dari Firaun - Mesir iaitu seramai 603550 orang kecuali pemuda
dari puak Levi.
76.
"Safar Ulangan" pula ialah safar yang mengulangi dan menyempurnakan hukum-hakam
dan syarat yang terdapat dalam safar Levi.
SAFAR
SEJARAH
77.
Safar Sejarah mengandungi 16 safar iaitu:-
a.
Safar Yasyu'. (Seorang panglima perang yang telah berjaya membawa Bani
Israel masuk ke kota Palestin.)
b. Safar Hakim. (Mereka ialah para hakim yang memerintah Bani Israel
ketika awal mereka berada di bumi Palestin.)
c. Safar Raja I.
d. Safar Raja II.
e. Safar Raja III.
f. Safar Raja IV.
g. Safar Hari-hari I.
h. Safar Hari-hari II.
i. Safar Raaus. (Nenek kepada Nabi Daud dari sebelah ayahnya.)
j. Safar Azra.
k. Safar Nahmia.
l. Safar Tubia.
m. Safar Astir. (Seorang panglima Israel yang telah berkahwin dengan
raja Parsi dan telah menyelamatkan bangsa Israel.)
n . Safar Yahoudid.
o . Safar Mukabi I.
p . Safar Mukabi II.
SAFAR
DOA DAN SYAIR.
78.
Safar ini mengandungi 6 safar yang bermula dengan:-
a
. Safar Ayub. d . Safar
Himpunan.
b . Safar Mazanir. e . Safar Lagu.
c . Safar Pujangga. f . Safar Kesedihan Armia.
SAFAR
KENABIAN.
79.
Safar kenabian terdiri dari:-
a.
Ashaia. h. Amus. o.
Hiji.
b. Armia. i. Oubdia. p.
Zakaria.
c. Barukh. j. Yunan. q.
Malakhi.
d. Hazkial. k. Mikha. r.
Safar Hikmah.
e. Dania. l. Nahum. s.Yasyu'Sirakh.
f. Husya'. m. Hebkuk.
g. Yuail. n. Sofnia.
80.
Kitab perjanjian lama merupakan himpunan cerita-cerita dongeng,kata-kata
hikmah,pesanan dan syariat.Uslub penulisannya berbeza diantara satu safar
dengan safar yang lain.Kadang-kadang ia ditulis dalam bentuk syair ataupun
biasa dengan membawa roh yang menggambarkan penderitaan dan kesedihan.Ia
juga kadang-kadang ditulis dalam bentuk yang ganas dan tidak bertamadun.
BEBERAPA
PERSOALAN PERBANDINGAN.
81.a.
Ketuhanan seperti yang terdapat dalam kitab perjanjian lama.
b. Sifat-sifat tuhan dalam kitab perjanjian lama.
c. Sifat-sifat para nabi dalam kitab perjanjian
lama.
d. Hari Kiamat.
82.
Sesungguhnya semua agama yang diturunkan oleh Allah menyeru kepada mentauhidkannya.
"Sesungguhnya telah kami utuskan untuk semua ummah para utusan bagi
mengajak mereka menyembah Allah dan menjauhkan diri daripada Thoghut".
(Surah al-Nahl : 26).
83.
Begitulah peranan para rasul dan nabi dalam mentauhidkan Allah. Nabi Musa
adalah nabi yang pertama diutuskan oleh Allah untuk umat Israel. Beliau
mengajak umat Israel menyembah Allah dan mengesakan-Nya. Ini jelas terdapat
dalam Al-Quran juga At-Taurat walaupun telah diselewengkan seperti yang
disebut di dalam wasiat 10 yang berbunyi:- "Jangan ada di kalangan kamu
tuhan yang lain di hadapanku. Jangan kamu mengambil patung yang diukir
atau sesuatu gambar dan apa-apa yang ada di langit di atas dan di bawah,
di dalam air dan di bawah bumi. Janganlah sekali-kali kamu sujud
kepada tuhan selain dariKu dan menyembah mereka." -Safar penghijrahan
Ishah ke-20, ayat 3.
84.
Kitab perjanjian lama telah menceritakan kepada kita bahawa Bani Israel
tidak berpegang kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa. Contohnya seperti
kisah lembu Samiri, mereka tetap menyembahnya dan mengingkari Allah walaupun
Nabi Musa masih hidup. Begitu juga selepas kewafatan Yusya' bin Nuh, sekali
lagi mereka mengsyirikkan Allah. Mereka telah menyembah apa yang disembah
oleh tuhan orang-orang Asyur yang bernama Ba'lim. Salah seorang raja Bani
Israel yang bernama Yusijia telah membersihkan tempat ibadat mereka dari
ribuan berhala dan patung yang disembah dengan menghancur dan membakarnya.
Sekaligus menghalau para pendita yang mengajak Bani Israel menyembah berhala.
Di awal perpecahan kerajaan Israel Yarbaam, raja kerajaan Israel
telah membuat sebuah patung yang berupa anak lembu dari emas tulen sebagai
sembahan dan tempat penyembelihan bagi orang-orang Yahudi untuk mengelakkan
mereka dari pergi ke Our Shalim, ibu negara kerajaan Yahuza yang dipimpin
oleh Yarbaam.
85.
Apabila kita membaca kitab perjanjian lama, kita akan dapati Bani Israel
telah beberapa kali mengsyirikkan tuhan mereka dengan menyembah pelbagai
patung sama ada ia dari kaum di sekeliling mereka atau yang dibuat
oleh mereka sendiri.
86.
Sifat-sifat tuhan yang terdapat di dalam kitab perjanjian lama merupakan
gambaran kepada kecenderungan Bani Israel dan keperibadian mereka. Jadi,
bukanlah suatu perkara yang pelik jika tuhan yang digambarkan oleh kitab
perjanjian lama bersifat ganas, penipu, perompak dan tidak bermaruah.
Seolah-olah mereka menggambarkan bahawa tuhan mereka adalah ketua kepada
kumpulan penyamun.
87.
Seperti yang disebut di dalam "safar pembentukan alam" bahawa tuhan telah
menyerupai seorang manusia dan bergelut dengan Nabi Yaakub sehingga ke
subuh. Tuhan tidak mampu mengalahkan Nabi Yaakub melainkan dengan menggunakan
satu tipu helah yang berjaya mematahkan peha Nabi Yaakub.
88.
Ini jelas terbukti apabila tuhan Yahudi itu membatalkan hasratnya untuk
menghancurkan hamba-hambanya yang menyembah berhala setelah dipujuk oleh
nabi Musa. Sebaliknya dia merasa sedih dan menyesal.
89.
Apabila kita ingin memperkatakan tentang sifat para nabi, semestinya kita
akan menyifatkan mereka dengan sebaik-baik sifat kerana mereka adalah
rasul dan pilihan Allah di atas muka bumi. Namun sebaliknya yang berlaku
dalam kitab perjanjian lama kerana ia telah meletakkan para nabi di suatu
tempat yang tidak selayaknya. Kadang-kadang ia menganggap nabi tersebut
sebagai penzina, penipu dan pembunuh yang tidak berperikemanusiaan.
90.
Di dalam "safar penghijrahan", perjanjian lama telah mengatakan
bahawa Nabi Harun a.s telah mencipta sebuah patung yang berupa lembu untuk
disembah oleh Bani Israel sewaktu ketiadaan nabi Musa disebabkan oleh
perasaan dengkinya.
91.
Di dalam "safar samwil ke-2" telah menceritakan bahawa Nabi Daud pernah
mencintai seorang wanita yang merupakan isteri kepada salah seorang tenteranya.
Keadaan ini bermula sewaktu Nabi Daud bersiar-siar di istananya di Aour
Shalim. Pada ketika itu dia telah melihat seorang perempuan yang sedang
mandi di rumahnya lalu terus jatuh cinta. Apabila diselidik perempuan
tersebut adalah isteri kepada salah seorang tenteranya. Maka dia telah
memerintahkan panglima tentera supaya menugaskan suami kepada perempuan
tersebut berada di barisan hadapan dalam peperangan. Apabila berita kematian
lelaki berkenaan sampai kepada nabi Daud, dia terus mengahwini perempuan
tersebut. Sebenarnya perempuan itu adalah ibu kepada Nabi Sulaiman.
92.Mengenai
Nabi Sulaiman pula, perjanjian lam telah menceritakan bahawa Nabi Sulaiman
mempunyai 700 orang isteri di kalangan perempuan yang merdeka dan 300
di kalangan hamba. Setengah daripada isterinya itu adalah penyembah berhala.
Mengikut cerita, Nabi Sulaiman sentiasa menyembah berhala yang dimiliki
oleh para isterinya pada akhir hayat beliau.
93. Apabila kita perhatikan di dalam Al-Quran, Allah telah menegaskan
bahawa Nabi Musa telah membawa satu risalah yang mengajak ummahnya menyembah
Allah yang Maha Esa, mendirikan solat serta beriman dan yakin akan kedatangan
hari kiamat (surah Taha). Berbeza dengan apa yang digambarkan oleh kitab
perjanjian lama yang mana tidak didapati satu kalimah pun yang menceritakan
tentang hari kiamat dan apa-apa yang berlaku di dalamnya seperti balasan
baik dan buruk. Kitab perjanjian lama hanya menyatakan bahawa balasan
terhadap amalan yang di lakukan oleh seseorang hanyalah di dunia semata-mata.
Sesiapa yang berbuat baik akan mendapat kehidupan yang bahagia di dunia
dan sesiapa yang engkar serta kufur juga akan terus menerima penyiksaan
di dunia ini.
MAZHAB
DAN FIRQAH DI DALAM AGAMA YAHUDI.
94.
Agama Yahudi sepertimana agama lain mempunyai pelbagai fahaman dan mazhab,
di mana setiap mazhab mendakwa bahawa mereka adalah yang terbaik berbanding
dengan yang lain.
95.
Perkara utama yang menjadi perbezaan di antara mazhab-mazhab tersebut
ialah pengiktirafan mereka terhadap kitab Talmud dan kepercayaan terhadap
kebangkitan selepas kematian.
96.
Di antara mazhab utama dalam agama Yahudi ialah :-
a.
Farasiyun (Rabbaniyun) d. Hadasiyun
b. Soduqiyun e.
Samiriyun
c. katabah
f. Qurraayun.
97.
Golongan Farasiyun lahir selepas kejatuhan kerajaan Bani Israel di Palestin
yang disebabkan oleh serangan orang-orang Babylon, golongan ini menyeru
Bani Israel agar kembali berpegang kepada aqidah mereka yang asal sebelum
kejatuhan kerajaan mereka. Mereka berkeyakinan bahawa hanya dengan kembali
kepada ajaran yang sebenar sahaja yang mampu untuk mengembalikan kegemilangan
mereka.
98.
Mereka beriman dengan hari akhirat dan kebangkitan selepas kematian. Pada
pandangan mereka balasan baik hanyalah terhadap orang-orang yang soleh
dan ia akan berlaku di atas muka bumi ini. Adapun orang-orang yang jahat
dan derhaka, mereka akan mati.
99.
Mereka juga beriman bahawa di samping kitab Taurat, terdapat sebuah kitab
yang bernama Talmut yang mana ia juga adalah kitab suci. Para pendita
mereka yang bergelar Hakamah adalah maksum iaitu terpelihara dari segala
kesilapan dan kedosaan. Aqidah ini begitu menebal di dalam jiwa orang-orang
Yahudi sehinggakan jika seorang Hakamat berkata kepada seseorang bahawa
tangan kirinya adalah tangan kanannya, orang itu haruslah membenarkan
kata-kata Hakamat tersebut dari dirinya sendiri.
100.
Sebenarnya golangan "Farasiun" adalah sebuah gerakan politik yang berasaskan
agama dan bertujuan untuk mengembalikan negara Israel. Mereka kadang-kadang
menggunakan keganasan dan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka. Cogankata
yang mereka gunakan ialah "matlamat menghalalkan cara".
101.
Golongan "Assodiqiun" pula mengingkari balasan dan hari kebangkitan. Mereka
beriman bahawa balasan baik dan buruk hanyalah di dunia ini sahaja.
102.
Mereka tidak mengiktiraf akan kesucian kitab Talmut kerana hanya kitab
Taurat sahaja yang menjadi panduan hidup mereka. Golongan ini terdiri
daripada orang-orang bangs.a.w.an yang menghormati undang-undang negara
dan agama yang lain selagi tidak bercanggah dengan ajaran Taurat.
103.
"Hasadiun" pula bererti mereka yang menjadikan kezuhudan sebagai cara
hidup mereka. Golongan ini lahir pada zaman pemerintahan kerajaan Mokabi
di sekitar tahun 173-175 sebelum masihi. Mereka amat berbeza jika dibandingkan
dengan golongan yang lain dari segi ibadah dan adat resam. Orang-orang
Hasadiun mengharamkan segala bentuk penyembelihan dan korban. Dari segi
syariat pula, mereka menolak fahaman pembezaan etnik di antara Yahudi
dan bukan Yahudi. Mereka menyeru kepada kaum Yahudi agar hidup secara
aman dan damai bersama kaum yang lain. Mereka mengharamkan perniagaan
dan penipuan serta mengajak kepada kehidupan yang zuhud dan menjauhkan
diri dari perempuan. Ini berbeza dengan ajaran yang dibawa oleh agama
Yahudi yang mana perkahwinan merupakan kewajipan agama.
104.
Golongan "Qurraun" merupakan pengikut kepada Anan bin Daud iaitu salah
seorang dari ulamak di kalangan orang Yahudi yang hidup di Baghdad pada
zaman pemerintahan Abu Jaafar Al-Mansur. Mereka hanya mengiktiraf kitab
Taurat sebagai kitab suci dan menggunakan ijtihad dalam meletakkan beberapa
perundangan dalam agama Yahudi.
105.
Golongan "Katabah" pada asalnya merupakan penyalin atau tukang tulis kitab
suci kepada sesiapa yang menghendakinya.
PENYELEWENGAN
TAURAT DAN PENDIRIAN ISLAM TERHADAPNYA.
106.
Di dalam beberapa ayat Al-Quran ada menyatakan bahawa Allah SWT telah
menurunkan beberapa buah kitab kepada para nabinya. Di antara kitab-kitab
tersebut ialah Taurat, Injil, Zabur, Suhuf Ibrahim dan Musa. Apabila kita
perhatikan kepada ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan mengenai kitab-kitab
tersebut, ia boleh disimpulkan kepada dua bahagian yang utama:-
i.
Sebahagian dari kitab-kitab tersebut masih kekal dengan keaslianya
sebagaimana ia diturunkan.
ii.Sebahagian yang lain pula telah diubah dan sebahagian yang
lain pula telah hilang atau disembunyikan.
Dalam
perbicaraan ini kita akan menjadikan Al-Quran sebagai pengukur kepada
kebenaran, keaslian dan kesohehan isi kitab-kitab tersebut.Firman Allah
(Telah kami turunkan kepada mu wahai Muhammad Al-Quran dengan kebenaran
yang akan membenarkan dengan apa yang terdapat di tangan kamu dari kitab-kitab
yang terdahulu) Al-Maidah : 48.
107.
Contoh yang pertama adalah sama seperti yang disebut di dalam Safar pembentukan
alam iaitu mengenai tempoh penciptaan langit dan bumi selama 6 hari. Begitu
juga umur Nabi Nuh a.s iaitu selama 950 tahun.
108.
Contoh yang kedua pula sama seperti yang terdapat di dalam Safar pembentukan
alam yang menceritakan bahawa Allah telah beristirehat dari kepenatan
mencipta langit dan bumi pada hari yang ketujuh iaitu hari sabtu. Mengikut
sejarah, kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa yang mana ia diletakkan
di dalam sebuah peti telah hilang dari tangan orang-orang Yahudi beberapa
kurun. Apabila peti tersebut telah dapat diambil kembali oleh Thalut dari
tangan orang-orang Kan'an kemudian dibuka, didapati beberapa helai tulisan
sahaja yang mengandungi 10 wasiat. Ini bertepatan seperti yang ditegaskan
di dalam Al-Quran (Dan ia adalah saki-baki dari apa yang telah ditinggalkan
oleh Nabi Musa dan Nabi Harun.)
109.
Kesimpulan dari beberapa dalil dan pengakuan yang dibuat oleh para sarjana
bahawa kitab Taurat telah diubah, disembunyikan dan kadang-kadang sengaja
dilupakan kandungannya yang asal. Secara keseluruhannya, kitab Taurat
bukan lagi sebuah kitab yang asli seperti yang telah diturunkan kepada
Nabi musa.
110.
Pendirian Islam terhadap apa yang terdapat di dalam kitab Taurat, secara
kesimpulannya terbahagi kepada tiga jenis:-
i.
Menepati dengan apa yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah.
Perkara seperti ini diterima kerana ia bertepatan dengan Al- Quran
dan Hadis.
ii. Ia bercanggah dengan apa yang terdapat di dalam Al- Quran dan
As-Sunnah. Sudah semestinya ia ditolak dan wajib bagi kita untuk
mendustakannya.
iii. Ia tidak disebut di dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah
tetapi tidak bercanggah dengan kedua-duanya. Contohnya seperti
nama orang atau tempat.
Perkara
seperti ini kita tidak boleh menolak dan membenarkannya. Ia hanya sekadar
penghuraian bukannya suatu hujah bagi kita. Ini berpandukan kepada sebuah
hadis yang telah dikeluarkan oleh Bukhari di dalam kitab At-Tauhid yang
berbunyi: " Jangan kamu membenarkan apa-apa yang diriwayatkan oleh ahli
kitab dan jangan pula kamu mendustakannya tetapi berkatalah kami beriman
kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami".
PENUTUP
Disepanjang
perbincangan kita terhadap agama Yahudi dapatlah kita membuat kesimpulan
bahawa kitab Taurat walaupun ianya telah diubah dan diselewengkan namun
ia mampu membentuk bangsa Yahudi daripada sebuah bangsa yang lemah dan
hina menjadi bangsa yang paling berkuasa. Rahsia kejayaan bangsa Yahudi
perlulah dijadikan satu pengiktibaran kembali syariat yang ditinggalkan
oleh Rasulullah s.a.w..
RUJUKAN
1.Al-Qur'anul Karim dan terjemahannya.
2. Kitab perjanjian lama.
3. Yahudi.Profesor Ahmad Shalabi.
4. Pengantar pengajian agama.Doktor Safwat Hamid.
5. Kajian mengenai kitab Taurat.Doktor Aminah Mohd. Nasir.
|