|
PENGENALAN Nama "Pekan Rabu" yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga bumiputera di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat bumiputera di Kedah. Apatah lagi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir sendiri pernah berniaga di situ. Bagi pelancong-pelancong, sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat, jika tidak singgah atau membelah-belah di Kompleks Pekan Rabu. Dengan bantuan pinjaman dari pihak MARA, sebuah kompleks yang berharga RM 3.2 juta telah dapat dibina pada tahun 1975 dan diubahsuai pada tahun 1995 dengan belanja RM 6.5 juta. Kompleks perniagaan yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim ini telah di rasmikan pembukaannya oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir pada 25 Februari 1978 (Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu). Sebelum Kompleks Pekan Rabu ini wujud, peniaga-peniaga di situ hanya berlindung di sebuah bangunan yang terbuka, tanpa dinding dengan tempat berniaga yang agak berselerak dan tidak teratur. Dan kini Kompleks Pekan Rabu yang mengandungi 347 buah kedai yang menjalankan berbagai jenis perniagaan telah berjaya menjadi sebahagian daripada mercu tanda bandar Alor Setar.
Pekan Rabu " lama" sebelum dibina bangunan yang sedia ada sekarang Pekan Rabu mempunyai sejarah tersendiri dalam usaha menggalakan penyertaan bumiputera bergiat dalam bidang perniagaan yang menjadi minat masing-masing. Kegiatan perniagaan Pekan Rabu bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama atas inisiatif YTM Tunku Yaacob, seorang Putera Diraja Kedah, supaya orang-orang melayu dapat terus menjalankan perniagaan dalam bandar. Ianya bermula dari pasar minggu di Tanjong Chali, yang terletak dipersinggahan antara Jalan Pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal di bandar Alor Setar. Tanjong Chali merupakan sebuah tapak bagi melatih orang-orang Melayu di dalam perniagaan. YTM Tunku Yaakob telah mengasaskan kawasan perniagaan ini menjadi pasar minggu di situ pada setiap hari Rabu sahaja pada awal 1920 an. Perniagaan mingguan ini kemudiannya berkembang maju dan berlangsung pada setiap hari. Ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memindahkan Pekan Rabu ini ketapak barunya yang ada sekarang pada tahun 1932 kerana kawasannya menjadi sempit akibat perkembangan perniagaan yang di jalankan. Kronologi Peristiwa di Pekan Rabu
Kemudahan Yang Disediakan
Pekan Rabu pada dasarnya adalah pusat perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil Bumiputera. Untuk menjalankan perniagaan di sini, perlulah menjadi ahli Koperasi Pekan Rabu. Mereka yang bukan ahli boleh juga berniaga dengan menyewa lot-lot kedai daripada ahli Koperasi Pekan Rabu. Kadar sewa yang dikenakan ialah antara RM 90 – RM 300 sebulan. Terdapat berbagai-bagai jenis perniagaan yang di jalankan di Kompleks Pekan Rabu, dari hasil tanaman keluaran kampung sehingga ke perniagaan yang agak komersial dan bertaraf antarabangsa. Kedai-kedai yang terdapat di sini mula beroperasi mulai jam 8.00 pagi hingga ke 9.00 malam, pada tiap-tiap hari termasuk pada hari cuti umum atau perayaan. Di Fasa 1 terdapat 5 tingkat kedai perniagaan yang mengandungi 274 buah gerai, manakala di Fasa 2 juga terdapat 5 tingkat kedai yang mengandungi 73 buah gerai. Perniagaan yang terdapat di Kompleks Pekan Rabu ini ialah :-
Peranan Pekan Rabu Dalam Membangun Ekonomi Orang Melayu
Album Bergambar | Pengurusan | Menu Utama Hantarkan komen dan cadangan
anda kepada webmaster@pekanrabu.cm |