|
KRONOLOGI
Tahun
1929
Almarhum Tunku Yaacob ibnu Almarhum Sultan Abdul Hamid telah mengasaskan
Pasar Minggu di Tanjung Chali sekembali dari lawatan ke Trinidad.
Tahun
1932
Pekan Rabu di Tanjung Chali telah berpindah ke Jalan Tunku Ibrahim
Tahun
1940
Pejabat Daerah Kota Star menubuhkan 'Kampung Kraf' dengan menjadikan Pekan
Rabu sebagai tempat pemasaran. Syarikat Bekerjasama Kebajikan Am Pekan Rabu
Alor Setar Tanggungan Berhad ditubuhkan.
Tahun
1950
Nama ditukar kepada Syarikat Bekerjasama-sama Kebajikan 'Am Pekan Rabu Alor Setar
Tanggongan Berhad ditubuhkan.
Tahun
1957
Kerajaan meluluskan kawasan baru di hadapan Pekan Rabu yang dinamakan Pasar
Yaakub
Nama syarikat dipinda kepada Syarikat Perniagaan dan Pasaran Melayu
Bekerjasama Alor Setar Tanggungan Bhd.
Tahun
1968
Bilangan ahli ialah 250 orang yang menjalankan 22 jenis perniagaan.
Tahun
1971
Bilangan ahli meningkat kepada 401 orang.
Peniaga Pasar Yaakub sebanyak 13 orang berpindah ke Pasar Serbanika.
Tahun
1974
Bilangan Ahli ialah 250 orang yang menjalankan 22 jenis perniagaan.
Tahun
1976
Pada 22 Oktober 1976 jam 12.15 malam kebakaran telah berlaku di Pekan Rabu
Sementara. Seramai 126 orang telah kehilangan harta benda. Tiga barisan
bangunan sementara telah musnah dijilat api. Jumlah kerugian dianggarkan RM
1/2 juta.
Tahun
1978
25 Februari 1978
Bangunan Kompleks Pekan Rabu telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr.
Mahathir Mohamad (Timbalan Perdana Menteri ketika itu).
10 Oktober 1978
Y.A.B. Dato' Seri Syed Nahar Shahabudin, Menteri Besar Kedah telah melawat
Kompleks Perniagaan Pekan Rabu.
4 Disember 1978
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung melawat Kompleks Pekan Rabu.
Tahun
1988
Projek Pekan Rabu Fasa II dimulakan dengan kos RM 2 juta.
Tahun
1990
Projek bangunan Pekan Rabu Fasa II telah siap dan 73 buah gerai telah
disediakan.
Tahun
1995
YAB Dr. Mahathir telah meluluskan RM 6.5 juta melalui Kerajaan Negeri untuk
mengubahsuai bangunan Pekan Rabu. Peniaga-peniaga telah dipindahkan
sementara di hadapan Panggung Empire dan di Kawasan Lapang hadapan Bank
Bumiputra.
Tahun
1998
16 September 1998
Pengubahsuaian bangunan Pekan Rabu telah siap dan peniaga-peniaga telah
kembali ke bangunan baru. YAB Dr Mahathir telah merasmikan Kompleks Pekan
Rabu pada hari ini.
Tahun
2000
5 Ogos 2000
Y.A.B. Menteri Besar Kedah merasmikan Karnival Beli Belah Pekan Rabu.
6 Ogos 2000
Pertunjukan kereta 'Volkwagen Beetle'.
10 ogos 2000
Majlis Pengkisahan 'Che Det dan Pekan Rabu' dirasmikan oleh YB Dato' Abd Kadir
Sh Fadzir, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancungan Malaysia.
12 Ogos 2000
Pertandingan'Hiasan dan Gubahan' Kuih Muih Tradisional.
14 Ogos 2000
YAB. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad melancarkan buku Che' Det & Pekan Rabu.
16 ogos 2000
Pertandingan 'Tebar Roti Canai'.
17 ogos 2000
Pertandingan Teh Tarik.
19 Ogos 2000
Demontrasi membuat hantaran perkahwinan.
20 Ogos 2000
Pertunjukan 'Superbike'.
24 Ogos 2000
Pertunjukan Pakain tradisional dan moden.
26 Ogos 2000
Pertandinagn 'Masak-masak'.
27 Ogos 2000
Forum Mega 'Beras Secupak Takkan Jadi Segantang'.
29 September hingga 2 Oktober
2000
Expo Perdagangan Koperasi Peringkat Negeri Kedah
Perasmian oleh YB Tan Sri Datuk Kasitah Gadam, Menteri Tanah dan Pembangunan
Koperasi.
1 Oktober 2000
Lawatan KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah ke Kompleks Pekan Rabu.
23 Oktober 2000
Majlis menandatangani Dokumen Perjanjian Penyerahan Kompleks Pekan Rabu oleh
MARA kepada Koperasi Pekan Rabu diantara Pengerusi Koperasi Pekan Rabu dan
Pengarah MARA Negeri Kedah dengan disaksikan oleh Wakil Menteri Besar Kedah
YB Prof Dato' Dr Hj Othman Ishak.
Tahun
2001
18 April 2001
Majlis Pecah Tanah Projek Cek Det Mall, Cek Det Walk dan Dataran Sungai
Raja.
Perasmian disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Menteri Besar Kedah.
26 Julai 2001
YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia) merasmikan
Mesyuarat Agung Tahunan KPRASB kali ke 38.
6 Ogos 2001
Lawatan Ybhg Tan Sri Shamsudin bin Othman, KSN ke Pekan Rabu meninjau Dataran
Che Det Walk dan Che Det Mall.
2 Sept 2001
Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar anjuran bersama Unit Pembangunan Keluarga
Tani IV Kota Sarang Semut, Kedah.
24 Okt 2001
Kolokium Kepimpinan SLAD Peringkat Kebangsaan.
Tahun 2002
21 Mac 2002
Promosi Jualan Kereta Nasional
29 Mac 2002
Majlis Perjumpaan Menteri Pembangunan Usahawan (YB Dato' Nazri Aziz) bersama
anggota Pekan Rabu mengenai menandatangani surat akujanji dengan MARA.
Lawatan Pesuruhjaya Tinggi Brunei
Darussalam (TYT Dato' Paduka Hj Abdullah Hj Mohamad) dan isteri ke Pekan Rabu.
7April 2002
Perasmian J/Kuasa Perhubungan Pusat- Negeri Wilayah 1 oleh YBhg Dato' Seri
Rahman Maidin (Pengerusi DPMM) di Dataran Che Det.
21 April 2002
Promosi dan jualan buku-buku keluaran DBP
20 Sept 2002
Lawatan Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Songkla Thailand ke Pekan Rabu.
24 Sept 2002
Majlis Perlepasan Peserta Kembara Bahasa 2002.
Tahun 2003
20 Julai 2003
Pesta Makanan dan Buah-buahan 2003 Peringkat Kebangsaan.
1 Nov 2003
Majlis Perasmian Bazar Ramadan Peringkat nasional 2003
21 Dis 2003
Majlis Sambutan Pengishtiharan Bandaraya Alor Setar

Pekan Rabu 2003
Tahun 2004
23 Feb 2004.
Lawatan Koperasi Kakitangan Angkasa (KOKITA) ke Pekan Rabu.
6 Mac 2004
Expo Pendidikan Peringkat Negeri Kedah di Pekan Rabu.
'Job Fair' Jabatan Tenaga Rakyat.
Album
Bergambar |
Pengurusan | Menu Utama
Hantarkan komen dan cadangan
anda kepada webmaster@pekanrabu.cm
Tarikh kemaskini :
24-Nov-2009 |