Latar Belakang

Ditubuhkan dengan resmi pada 7hb Ogos 1940 atas nama Syarikat Bekerjasama-sama Kebajikan Am Pekan Rabu Alor Setar Berhad. Bilangan anggota pada 31hb. Disember 2005 seramai lebih 1000 orang. Keanggotaan adalah terbuka kepada orang Melayu yang berniaga serta tinggal didalam daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman. Setiap anggota perlu mempunyai modal saham sekurang-kurangnya RM200.00 untuk berfungsi dan mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Pengurusan Koperasi dikendalikan oleh 15 orang Anggota Lembaga Pengarah yang dilantik didalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dibantu oleh kakitangan tetap yang diketuai oleh seorang Pegawai Eksekutif.

Anggota Lembaga Pengarah yang dilantik akan berkhidmat selama tiga tahun dan perlu dipilh semula didalam Mesyuarat Agung untuk penggal seterusnya. Jawatan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari adalah dipilih dikalangan Anggota Lembaga dalam Mesyuarat Lembaga yang pertama selepas mesyuarat agung. Peraturan ini adalah terkandung didalam Undang-Undang Kecil Koperasi dan tertakluk kepada Akta Koperasi 1993 (dikenali juga sebagai Akta 502) serta Peraturan-Peraturan Koperasi 1995 yang berkuatkuasa dibawah Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia.

Lembaga Pengarah juga sebagai Lembaga Pengelola yang mentadbir Koperasi telah menubuhkan Jawatankuasa kecil bagi melicinkan perjalanan pengurusan koperasi dari masa kesemasa mengikut keperluan.

Kompleks Pekan Rabu

Kompleks Perniagaan Pekan Rabu diurus tadbir oleh Pengurusan Koperasi Pekan Rabu. Gerai-gerai yang terdapat didalam Kompleks Pekan Rabu disewakan kepada ahli untuk menjalankan perniagaan berbagai jenis produk dan barangan tradisional seperti tepak sirih, lesung batu, parang dan pisau, tudung, bakul dan juga barangan seperti barangan plastik, pakaian, barangan keperluan haji dan umrah dsb.


 

 

 ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH
KOPERASI PEKAN RABU
ALOR SETAR BHD.
bagi sessi 2007/2008

Yang DiPertua :- YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman

Pengerusi :- Encik Wan Pariduddin bin Wan Ibrahim

Setiausaha :- Encik Hussein bin Saad

Bendahari :- Tuan Haji Tamrin bin Abd Karim

Ahli Jawatankuasa :-

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Nyak Othman

Tuan Haji Mohd Hatta bin Haji Ali

Tuan Haji Azmi bin Shahab

Tuan Hj Mohd Din bin Yusof

Tuan Hj Mohamad bin Yahya

Tuan Hj Othman bin Ibrahim

Tuan Hj Mohamed bin Mejah

Encik Ahmad Zubir bin  Mansor

Encik Lutfi bin Hj Ahmad Ghazi

Encik Nazri bin Serat

Encik Yusof bin Zain

Encik Sardi bin Dahar
 

Jawatankuasa Audit Dalaman (JKAD) :-

Encik Wan Ismail bin Wan Daud  - Pengerusi

En Anuar bin Rahim - Ahli Jawatankuasa

 

Alamat Pejabat :-

Koperasi Pekan Rabu,
No. 14 Tingkat 2,
Bangunan Pekan Rabu Fasa 2,
Jalan Tunku Ibrahim,
05000 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

No. Telefon :

Pejabat : 04-7355523, 7313846

Tel / Faks : 04-7335929

Bilik Operasi : 04-7354740

Pengerusi :  04-7316442 (talian terus)

Laman Web :

http://pekanrabu.com

http://www.pekanrabu.com


Pengurusan | Menu Utama

Hantarkan komen dan cadangan anda kepada webmaster@pekanrabu.cm
Tarikh kemaskini : 21-Nov-2007