| Siri Info I Toleh Webmaster AUDIT DALAMAN KOPERASI PENGENALAN Objektif Audit Dalaman Objektif audit dalaman adalah bagi membantu pihak pengurusan/pentadbiran melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka dengan cekap dan berkesan melalui penganalisaan angka-angka, penilaian dan membuat cadangan serta ulasan yang berkaitan dengan aktiviti/aktiviti yang telah dikaji. Pengertian Audit Dalaman Koperasi Audit dalaman koperasi diertikan sebagai satu aktiviti/fungsi penilaian bebas yang diwujudkan dalam sesuatu koperasi bertujuan memeriksa semua sistem operasi (pengurusan dan kewangan) dan sistem kawalan dalaman bagi menetukan pematuhan, kecukupan, kecekapan dan keberkesananya. Keperluan Audit Dalaman Koperasi Keperluan audit dalaman koperasi adalah untuk :
Perlantikan Audit Dalaman Koperasi Subseksyen 42(b) Akta Koperasi 1993, Pindaan 2007 menetapkan bahawa tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah mempunyai satu Jawatankuasa Audit Dalaman yang hendaklah terdiri dari tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada lima anggota yang dipilih dengan sewajarnya oleh ALK Koperasi berkenaan. Fungsi, Tanggungjawab dan Kuasa Subseksyen 49(1) Akta Koperasi 1993, Pindaan 2007 menyatakan bahawa Jawatankuasa Audit dalaman sesuatu koperasi berdaftar hendaklah memeriksa segala rekod perakaunan dan rekod lain yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, bagi maksud menentukan samada hal-ehwal koperasi berdaftar itu dijalankan mengikut matlamat-matlamat koperasi berdaftar itu, peruntukan-peruntukan Undang-undang kecilnya dan ketetapan-ketetapan yang dibuat dimesyuarat-mesyuarat agungnya, dan khususnya, hendaklah :
Subperaturan 32(2) Peraturan-Peraturan Koperasi 1995, menghendaki JKAD bersidang dan membuat syornya tidak kurang dua kali dalam tiap-tiap tahun dalam mana-mana koperasi berdaftar dan lapuran-lapuran itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar. Subseksyen 49(3) Akta Koperasi 1993, menetapkan JKAD sesuatu koperasi berdaftar hendaklah, pada setiap masa, mempunyai akses kepada segala buku, dan dokumen koperasi berdaftar itu, dan mana-mana orang yang dikehendaki oleh JKAD itu supaya mengemukakan apa-apa maklumat atau buku-buku, akaun-akaun dan dokumen-dokumen sedemikian hendaklah mematuhi kehendak itu. .......akan disambung lagi.. |
Copyright © 2008 Webmaster@pekanrabu.com All rights reserved.